awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warren Buffett umum berundur sebagai CEO Berkshire pada penghujung 2025

Agensi
Agensi
03/05/2025
23:10 MYT
Warren Buffett umum berundur sebagai CEO Berkshire pada penghujung 2025
Walaupun meletak jawatan sebagai CEO, Buffett menyatakan bahawa beliau akan terus terlibat secara tidak rasmi dalam syarikat dan tidak bercadang menjual saham miliknya. - Gambar Reuters
OMAHA, NEBRASKA: Tokoh pelaburan terkenal yang berusia 94 tahun, Warren Buffett, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berkshire Hathaway pada akhir 2025.
Pengumuman mengejut ini dibuat beliau semasa Mesyuarat Agung Tahunan syarikat pada 3 Mei 2025.
Dalam masa sama, Buffett menamakan Greg Abel, Naib Pengerusi yang bertanggungjawab ke atas perniagaan bukan insurans Berkshire, sebagai penggantinya.
Abel, 62, telah lama dikenal pasti sebagai calon utama untuk menggantikan Buffett dan akan mengambil alih secara rasmi jawatan itu pada awal 2026.
Walaupun meletak jawatan sebagai CEO, Buffett menyatakan bahawa beliau akan terus terlibat secara tidak rasmi dalam syarikat dan tidak bercadang menjual saham miliknya.
Saham tersebut membentuk hampir keseluruhan kekayaan peribadinya yang kini bernilai lebih AS$168 bilion.
Buffett juga mengulangi komitmennya untuk mendermakan sebahagian besar kekayaan itu selepas kematiannya.
Pengumuman itu mengejutkan ramai pihak termasuk Greg Abel sendiri, namun mendapat sambutan hangat dan tepukan gemuruh daripada para pemegang saham yang menghargai sumbangan luar biasa Buffett kepada syarikat.
Di bawah kepimpinan beliau, Berkshire Hathaway berkembang daripada syarikat tekstil yang bermasalah kepada konglomerat global dengan nilai melebihi AS$1 trilion.
Dalam ucapan penutupnya, Buffett turut menyentuh isu ekonomi global, menyuarakan kebimbangan terhadap penggunaan tarif secara politik, dan menekankan pentingnya kerjasama antarabangsa untuk kestabilan ekonomi masa depan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Warren Buffett
#CEO Berkshire
#Warren Buffett undur diri
#Greg Abel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan