awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan ditemukan mati dalam kereta di Mexico

Bernama
Bernama
17/11/2023
11:38 MYT
Wartawan ditemukan mati dalam kereta di Mexico
Ismael Villagomez, ditemukan mati dengan kesan tembakan ketika melakukan kerja sampingannya sebagai pemandu khidmat pengangkutan, menurut laporan itu. - Gambar hiasan
BANDARAYA MEXICO: Seorang wartawan foto bagi akhbar El Heraldo de Juarez ditemukan mati di dalam kenderaannya di bandar Ciudad Juarez pada awal pagi Khamis, Sputnik memetik laporan akhbar terbabit.
Ismael Villagomez, ditemukan mati dengan kesan tembakan ketika melakukan kerja sampingannya sebagai pemandu khidmat pengangkutan, menurut laporan itu.
Akhbar itu memetik kenyataan Pejabat Peguam Negara Chihuahua bahawa pembunuhan itu mungkin mempunyai kaitan dengan tugasnya sebagai wartawan.
El Heraldo de Juarez turut memetik kenyataan pendakwa negeri bagi Zon Utara Chihuahua, Carlos Manuel Salas bahawa pihak pendakwaan akan menyiasat semua kemungkinan motif pembunuhan.
Tiga orang dipercayai suspek telah ditahan pada petang Khamis dan sedang disoal siasat.
Sementara itu, Jawatankuasa Perlindungan Wartawan menyeru pihak berkuasa Mexico menerusi hantaran di platform X untuk "melakukan siasatan segera dan boleh dipercayai" berhubung kes itu.
Artikel 19, sebuah organisasi hak asasi manusia antarabangsa yang mempertahankan dan mempromosikan kebebasan bersuara dan maklumat memaklumkan awal tahun ini bahawa "jumlah serangan terhadap media di Mexico pada 2022 melebihi rekod sebelumnya".
Pada 2022, organisasi itu merekodkan 696 serangan terhadap media dan 12 wartawan terbunuh di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mexico
#wartawan mati
#pembunuhan wartawan
#Ismael Villagomez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan