ORLANDO: Seorang wartawan sebuah syarikat penyiaran Amerika Syarikat (AS) mati ditembak ketika membuat liputan insiden pembunuhan di Orlando, Florida.
Rakan setugas, jurukamera yang berada bersamanya ketika itu, turut ditembak dan dilapor berada dalam keadaan kritikal.
Kedua-dua mangsa dari Spectrum News 13 dipercayai sedang membuat liputan kejadian pembunuhan di Pine Hills yang berlaku beberapa jam sebelum itu.
Mereka yang berada di dalam kenderaan berhampiran lokasi pembunuhan awal didatangi suspek yang bertindak melepaskan tembakan.
Suspek kemudian meluru ke arah sebuah rumah berdekatan dan menembak mati seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.
Polis berjaya menahan suspek, Keith Moses, 19, tidak lama kemudian dan motif kejadian sedang disiasat.
Tidak dapat dipastikan sama ada suspek menyasarkan kesemua mangsa atau jika tindakan dibuat secara rambang.
Dalam satu sidang akhbar, Syerif Orange County John Mina berkata kedua-dua kru stesen TV itu diserang kira-kira jam 5 petang waktu tempatan.
Menurutnya, mangsa sedang melaporkan kejadian pembunuhan seorang wanita yang berlaku pada jam 11 pagi apabila suspek kembali ke lokasi dan melepaskan tembakan.
Selepas menyerang kedua-dua wartawan dan jurukamera itu, suspek masuk ke rumah berhampiran di Harrington Street dan menembak kanak-kanak itu dan ibunya.
Ibu kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital, katanya lagi.
Sementara itu, seorang wartawan stesen TV Orlando WESH 2 melaporkan dia dan jurukamera sempat meninggalkan tempat kejadian hanya beberapa saat sebelum insiden tembakan itu berlaku.
Astro Awani
Thu Feb 23 2023
Lokasi kejadian di mana seorang wartawan TV mati ditembak ketika membuat liputan insiden pembunuhan di Pine Hills, Orlando pada Rabu. -Twitter/ @DavePuglisiTV
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Wartawan mati ditembak ketika bertugas di lokasi kejadian bunuh
Mangsa sedang melaporkan kejadian tembakan yang berlaku pada jam 11 pagi apabila suspek kembali ke tempat kejadian dan melepaskan tembakan.