awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan terkemuka Guatemala dipenjara enam tahun

Bernama
Bernama
15/06/2023
12:25 MYT
Wartawan terkemuka Guatemala dipenjara enam tahun
Wartawan itu yang telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa berada dalam tahanan praperbicaraan selama 11 bulan. - Gambar AP/Santiago Billy
MEXICO CITY: Mahkamah di Guatemala pada Rabu menjatuhi hukuman penjara enam tahun ke atas wartawan terkemuka Jose Ruben Zamora atas kesalahan pengubahan wang haram dalam perbicaraan kontroversi dan mendapat liputan meluas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) .
Pengasas akhbar yang kini ditutup El Periodico itu juga didenda 300,000 quetzales (US$38,307), setara dengan jumlah kesalahan pengubahan wang haram dilakukannya, menurut mahkamah.
Bagaimanapun, Zamora dibebaskan daripada tuduhan memeras ugut dan menjaja pengaruh.
Pejabat pendakwa raya pada awalnya meminta hukuman 40 tahun penjara ke atas tertuduh.
Wartawan itu yang telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa berada dalam tahanan praperbicaraan selama 11 bulan.
Zamora menuduh kerajaan konservatif Presiden Guatemala Alejandro Giammattei menganiayanya kerana laporannya mengenai rasuah. Kerajaan menafikan dakwaan itu.
Akhbar Zamora yang diasaskan pada 1996 dan merupakan antara paling penting di Amerika Tengah, terpaksa ditutup secara kekal kira-kira sebulan lalu akibat prosiding jenayah.
Penahanannya pada Julai 2022 dikecam sebagai serangan terhadap kebebasan media oleh beberapa organisasi kemanusiaan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres juga menyatakan kebimbangan mengenai kes itu.
Pilihan raya presiden, parlimen dan datuk bandar di Guatemala akan diadakan pada 25 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengubahan wang haram
#pilihan raya
#Rasuah
#Kebebasan Media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan