SAN FRANCISCO: Jay Inslee, gabenor negeri Washington di Amerika Syarikat (AS) pada Selasa menandatangani undang-undang untuk mengharamkan berpuluh-puluh jenis senapang separa automatik.
Rang undang-undang itu melarang penjualan, pemindahan, pengedaran, pembuatan dan import 62 model senjata api yang ditakrifkan sebagai "senjata serangan", termasuk AR-15, AK-47 dan senapang berkuasa tinggi serupa yang telah digunakan untuk melakukan tembakan rambang di seluruh Amerika Syarikat.
"Senjata perang, senjata serangan, tidak mempunyai sebab selain untuk pembunuhan ramai orang," kata Inslee pada majlis menandatangani perjanjian itu.
"Tujuan mereka hanyalah untuk membunuh manusia secepat mungkin dalam bilangan yang banyak," katanya.
Undang-undang itu berkuat kuasa serta-merta selepas ditandatangani oleh Inslee.
Inslee turut menandatangani undang-undang bagi dua lagi langkah kawalan ke atas senjata api utama lain termasuk tempoh menunggu 10 hari untuk pembelian senjata api dan rang undang-undang yang mempertanggungjawabkan pembuat senjata ke atas penjualan secara cuai.
Tiga rang undang-undang senjata api itu diluluskan sebahagian besar menerusi undi parti, dengan Republikan menentang manakala kebanyakan Demokrat mengundi menyokong, lapor Xinhua memetik laporan The Seattle Times.
Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di Capitol, yang ditutup kepada orang ramai pada pagi Selasa atas kebimbangan mengenai keselamatan.
Washington menyertai sembilan negeri lain, termasuk California, Illinois, New York, Massachusetts, dan New Jersey, serta District of Columbia, yang telah mengharamkan AR-15 dan senjata serupa, menurut Pusat Undang-undang Giffords.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023

Jay Inslee (foto) menandatangani undang-undang untuk mengharamkan berpuluh-puluh jenis senapang separa automatik. -AP

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Washington haramkan senjata separa automatik
Undang-undang itu berkuat kuasa serta-merta selepas ditandatangani oleh Inslee.