awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wasiat pendakwah ternama Indonesia sebelum meninggal dunia

Saharudin Musthafa
Saharudin Musthafa
23/05/2019
02:22 MYT
Wasiat pendakwah ternama Indonesia sebelum meninggal dunia
Pemergian pendakwah ternama Indonesia, Kiyai Haji Muhammad Arifin Ilham ke rahmahtullah ditangisi pengikut-pengikutnya. Gambar media sosial
PEMERGIAN pendakwah ternama Indonesia, Kiyai Haji Muhammad Arifin Ilham ke rahmahtullah menjadi antara berita yang cukup besar di negara jiran itu.
Ini kerana tokoh agamawan yang mesra disapa Ustaz Arifin lham itu merupakan antara pendakwah yang disegani segenap umat Islam di rantau ini.
Ketika hayatnya, Ustaz Arifin Ilham diiktiraf sebagai pendakwah yang mempunyai aura yang tersendiri.
Suara dan mesej dakwahnya mudah menjentik emosi setiap yang mendengarnya.
Allahyarham juga seorang guru yang tidak pernah berhenti daripada mengingatkan umat Islam jangan sesekali berhenti berzikir menyebut nama Allah.
Ustaz Arifin Ilham mempunyai jutaan pengikut di negara kelahirannya dan kerana itu tidak hairanlah kenapa pemergiannya diratapi.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir pada usia 49 tahun di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang malam Rabu, difahamkan Allahyarham telah menulis wasiat yang pengisiannya berkait rapat dengan kematiannya.
Allahyarham ketika hayatnya menulis meminta agar jenazahnya disolatkan di dua buah masjid yang berbeza di Bogor, Jawa Barat sebelum dikebumikan di Gunung Sindur, Bogor.
“Allahyarham menyampaikan amanat agar jenazah beliau disolatkan di Masjid Az-Zikra Sentul dan Masjid Az-Zikra Gunung Sindur,”kata Ketua Yayazan Az-Zikra, Khotib Kholil seperti dilaporkan media tempatan.
Pemergian Ustaz Arifin Ilham ke rahmahtullah turut mendapat perhatian calon Naib Presiden nombor 2, Sandiaga Uno yang mengagumi semangat Allahyarham melawan penderitaan penyakitnya.
Menurut Sandiaga, ketika menziarahi Allahyarham Ustaz Arifin di hospital pada 8 Januari lalu, beliau melihat sosok seorang agamawan yang sentiasa positif dalam menghadapi uiian.
“Takjub melihat kuatnya beliau menghadapi yang dideritainya. Kini Allah telah memanggilnya, semoga beliau mendapatkan tempat yang terbaik di sisi Allah Subhanahu Wa Taála,” tulis Sandiaga dalam entri di Instagram peribadinya.
View this post on Instagram
Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Selamat jalan Ustadz Arifin Ilham. Semoga Allah melapangkan kuburnya, mengampuni segala dosanya, dan menerima segala amal ibadahnya. Aamiin ya rabbal alamin. Moment ini diabadikan pada 8 Januari lalu di RSCM ketika beliau sedang dirawat. Tidak banyak kata-kata yang terucap. Setiap saya ajak berbicara, ia hanya bisa memberi sinyal melalui genggaman tangannya. Takjub melihat kuatnya beliau menghadapi penyakit yang dideritanya. Kini Allah telah memanggilnya, semoga beliau mendapatkan tempat yang terbaik di sisi Allah subhanahu wa ta’ala.
A post shared by Sandiaga Salahuddin Uno (@sandiuno) on
May 22, 2019 at 9:29am PDT
Allahyarham Ustaz Arifin meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan bagi kanser limfoma.
BACA: Pendakwah ternama Indonesia dirawat di Pulau Pinang
Turut terkesan dengan berita sedih itu ialah rakan seperjuangan Allahyarham Ustaz Arifin iaitu pendakwah Aa Gym.
Aa Gym menitipkan salam perpisahan buat guru dan sahabatnya yang kembali ke rahmatullah.
Dalam catatan di Twitternya, Aa Gym mendoakan semoga Allahyarham Ustaz Arifin berbahagia bertemu Allah yang amat dicintai dan dirindukannya.
“Selamat jalan wahai mujahid,” tulis Aa Gym lagi.
Aktor veteran dan ahli politik, Rano Karno tidak ketinggalan mendoakan ulama hebat Indonesia itu
“Selamat jalan kekasih Allah. Doa kami selalu mendampingimu. Al-Fatihah,”kata Rano dalam entri di Instagramnya
Pendakwah terkenal tanah air, Imam Muda Asyraf tidak ketinggalan berkongsi berita sedih itu di laman Instagramnya.
Imam Muda Asyraf mendoakan semoga Allah menempatkan Allahyarham ustaz Arifin Ilham bersama para solihin serta dikurniakan kebahagiaan di syurga buat selama-lamanya.
Beliau turut berkongsi video solat jenazah Ustaz Arifin Ilham yang diadakan di Masjid Kelawei Pulau Pinang.
Jenazah Allahyarham Ustaz Arifin Ilham diterbangkan dari Pulau Pinang ke Jakarta pada pukul 10 pagi tadi.
View this post on Instagram
Solat Jenazah Kiyai Haji M. Arifin Ilham di Masjid Kelawei Pulau Pinang pagi tadi. Jenazah juga sudah ke Lapangan Terbang untuk urusan penghantaran. . Semoga dipermudahkan urusan pengiriman arwah ke Indonesia. (Gambar ini diberi oleh salah seorang anak murid saya di Penang)
A post shared by Asyraf Ridzuan (@imammudaasyraf) on
May 22, 2019 at 5:25pm PDT
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kanser limfoma
#Pendakwah ternama Indonesia sebelum meninggal dunia
#Ustaz Arifin Ilham
#wasiat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan