awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi sistem penjagaan warga emas perlu dipercepat - Nancy
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2025
02:50 MYT
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump berucap secara maya di hadapan lebih 3,000 delegasi yang menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland pada Khamis. - Foto WEF/Benedikt von Loebell
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump meminta Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menurunkan harga minyak selain menuntut global menurunkan kadar faedah.
Ketika berucap kepada pemimpin perniagaan dan politik di pentas maya Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, Trump turut memberi amaran kepada mereka bahawa mereka akan dikenakan tarif jika mereka menghasilkan produk di luar AS.
“Saya akan menuntut (pemotongan) kadar faedah serta-merta. Dan begitu juga, ia sepatutnya turun di seluruh dunia.
“Saya juga akan meminta Arab Saudi dan OPEC untuk menurunkan harga minyak,” katanya menerusi video yang disiarkan di hadapan lebih 3,000 delegasi WEF.
Kenyataan Trump itu adalah yang pertama kepada pemimpin global selepas sekali lagi memegang jawatan Presiden yang memasuki hari keempat.
Ini sekali gus menguatkan mesej bahawa penggal kedua beliau akan mengelak daripada norma pasaran bebas di dalam AS dan di luar.
Walaupun terdapat ulasan yang tegas mengenai tarif yang ingin dikenakannya, beliau tidak memberikan butiran khusus pada masa pasaran tidak menentu mengenai rancangannya.
Harga minyak menjadi negatif apabila Trump bercakap, manakala euro merosot dan dolar AS tidak menentu antara untung dan rugi berbanding sekumpulan mata wang asing.
Penanda aras S&P 500 bagi saham AS meningkat kepada paras tertinggi hampir sepanjang masa. - Agensi
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#tarif
#perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan