awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand hadir perbicaraan dalam talian atas pertuduhan dua lagi kesalahan seksual
Penganggur mengaku tidak bersalah bakar enam rumah di Kampung Johan Setia
Bekas PM Korea Selatan Han Duck-soo dihukum penjara 23 tahun kes darurat tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WEF 2026: EU perlu lebih berdikari depani cabaran dunia - Von der Leyen

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
21/01/2026
06:00 MYT
WEF 2026: EU perlu lebih berdikari depani cabaran dunia - Von der Leyen
Von der Leyen berkata EU hanya boleh memanfaatkan peluang baharu apabila blok itu akui perubahan bukan bersifat sementara. - Gambar/ Reuters
DAVOS: Kesatuan Eropah (EU) perlu memperkukuh autonomi strategiknya bagi menyesuaikan diri dengan landskap geopolitik global yang semakin mencabar.

Ringkasan AI
  • Kesatuan Eropah (EU) perlu memperkukuh autonomi strategiknya bagi menyegerakan diri menghadapi cabaran geopolitik global yang semakin mencabar.
  • Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, menekankan keperluan EU membangun keupayaan strategik yang lebih berdikari untuk mengambil keputusan yang tepat di tengah perubahan ekonomi dan keselamatan global yang pesat.
  • EU sedang mengakhiri rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan India yang dianggap penting, memfokuskan kepada kepelbagaian rakan dagang untuk meningkatkan daya tahan ekonomi dan mengurangkan kebergantungan pada pasaran tradisional.

Menurut Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, siri kejutan geopolitik kebelakangan ini telah mengubah persekitaran ekonomi dan keselamatan antarabangsa, sekali gus memerlukan EU membina keupayaan yang lebih berdikari dalam membuat keputusan strategik.
“Kita hanya mampu memanfaatkan peluang yang wujud sekiranya kita mengakui bahawa perubahan ini bukan bersifat sementara,” katanya ketika berucap di Forum Ekonomi Dunia di Davos pada Selasa.
Dalam pada itu, von der Leyen memaklumkan EU kini berada di peringkat akhir rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan India, yang disifatkan sebagai antara perjanjian paling penting dalam usaha mempelbagaikan hubungan dagangan blok itu.
Perjanjian berkenaan, katanya, berpotensi mewujudkan pasaran melibatkan kira-kira dua bilion penduduk dunia dan merangkumi hampir satu perempat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global.
Beliau menegaskan, kepelbagaian rakan dagang adalah penting bagi meningkatkan daya tahan ekonomi EU serta mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tradisional dalam suasana global yang semakin tidak menentu.
Von der Leyen dijangka mengadakan lawatan ke India pada awal minggu hadapan bagi meneruskan rundingan serta memperkukuh kerjasama strategik antara EU dan negara itu.
Dapatkan berita terkini WEF di sini
Topic Berkaitan
#WEF 2026
#Ursula von der Leyen
#Kesatuan Eropah
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan