Perdana Menteri India, Narendra Modi menggariskan tiga cabaran utama dalam mencorakkan tamadun manusia iaitu perubahan iklim, terrorisme dan anti-globalisasi pada ucapan beliau di WEF, Davos-Klosters, Switzerland.

Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), India disasarkan menjadi negara yang paling cepat pertumbuhan ekonominya dengan kadar 7.4 peratus berbanding China pada tahun 2018.

Modi turut menyatakan kebimbangan beliau terhadap keadaan dunia yang tidak menentu hari ini.

“Di dalam keadaan dunia yang penuh dengan penipuan dan perpecahan ini, kita perlu berganding bahu membina masa depan bersama.” kata Modi.

“Ketika pelbagai kuasa baru muncul, kestabilan ekonomi dan kuasa politik turut berubah dengan sangat laju. Di sini, kita boleh jangka pada masa depan akan berlaku pelbagai perubahan yang sangat cepat pada dunia terutama dalam aspek menghormati keamanan, kestabilan dan ekonomi.”

“Perubahan-perubahan yang berlaku sedang menakutkan kita semua pada hari ini.” ujarnya lagi.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri India menggariskan tiga cabaran utama dalam mencorakkan tamadun manusia.

Perubahan Iklim

“Di Artik, banyak ais yang cair, banyak pulau yang tenggelam… Kemungkinan akan berlaku banjir atau kemarau akibat kesan perubahan cuaca yang ekstrem,” katanya.

Kesan ini berpunca dari kegagalan setiap negara untuk bekerjasama dalam menjaga alam semula jadi, berkata Perdana Menteri India.

“Hari ini, ramai bercakap soal mengurangkan karbon tetapi hanya beberapa negara sahaja yang benar-benar membantu negara yang membangun dalam menggunakan teknologi yang sesuai buat negara mereka.”

Modi menyatakan perkara ini dapat diselesaikan sekiranya semua negara bersatu.

India juga bercita-cita untuk menggunakan kaedah tenaga hijau.

“Kerajaan saya telah merancang satu kempen besar besaran untuk menyelamatkan alam semula jadi dan menangani perubahan iklim dengan baik.” beliau berkata. “Pada tahun 2020, India target bakal menghasilkan 175 tenaga elektrik baru.”

Sebelum ini, India telah berjaya menghasilkan kira-kira 60 tenaga elektrik baru sejak tiga tahun lepas.

Keganasan

Cabaran kedua kemanusiaan ialah keganasan, jelas Modi.

“Keganasan sangat bahaya tetapi lagi bahaya ialah kekeliruan yang dicipta antara kebaikan dan keburukan keganasan,” katanya.

Modi turut menegaskan gerakan radikal yang seringkali menglibatkan golongan muda.

“Perkara yang harus dicegah ialah anak muda yang berpendidikan tetapi terjebak dalam gerakan radikal… Saya harap dalam forum ini, kita boleh bincangkan solusi terbaik terutama menjernihkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh puak pengganas.”

Globalisasi

Modi juga menyatakan prinsip untuk menolak globalisasi di beberapa buah negara.

“Banyak masyarakat dan negara yang semakin menjadi individualistik.” berkata Modi.

“Ini bercanggah dengan era globalisasi pada hari ini. Mentaliti sebegini tidak boleh ditoleransi berbanding cabaran perubahan iklim dan keganasan.

“Semua orang bercakap mengenai dunia yang saling berhubung tetapi kita perlu sedar realiti globalisasi perlahan-lahan mulai hilang nilainya.”

“Pengawalan keluar masuk aliran perdagangan yang ketat, bukan sahaja menolak globalisasi tetapi mengganggu kesuburan aliran semula jadi.”

Ini menimbulkan kesusahan terutama di negara-negara membangun dimana mengakibatkan perjanjian perdagangan terhenti.

“Penyelesaian kepada kebimbangan terhadap kesan globalisasi bukan dengan cara mengasingkan diri tetapi dengan saling memahami dan menerima perubahan antara satu sama lain.” kata Modi.

Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengumpulkan ramai pemimpin seluruh dunia dari bidang politik, perniagaan dalam membincangkan isu global, sosial dan ekonomi.