awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WFP gesa akses selamat dan gencatan senjata kekal di Gaza

Bernama
Bernama
06/07/2025
09:43 MYT
WFP gesa akses selamat dan gencatan senjata kekal di Gaza
WFP menekankan bahawa bantuan kemanusiaan mesti dibenarkan sampai kepada mereka yang memerlukan tanpa halangan atau risiko. - Reuters
RAMALLAH: Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa pembukaan segera lebih banyak laluan selamat bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk di utara, tengah dan selatan Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Dalam satu hantaran di platform X, WFP menekankan bahawa bantuan kemanusiaan mesti dibenarkan sampai kepada mereka yang memerlukan tanpa halangan atau risiko.
Agensi itu turut memperbaharui rayuannya untuk genjatan senjata kekal di Gaza, sambil memberi amaran mengenai malapetaka kemanusiaan yang semakin meruncing.
Mengulangi kebimbangan terhadap situasi semasa, WFP memaklumkan bahawa seorang daripada setiap tiga penduduk di Gaza tidak mendapat makanan selama beberapa hari, sekali gus menggambarkan tahap kebuluran dan kekurangan yang teruk dalam kalangan penduduk.
Walaupun keadaan keselamatan semakin merosot, akses yang terhad dan keadaan komuniti di Gaza yang semakin terdesak, WFP mengesahkan bahawa pihaknya terus menyalurkan bantuan makanan yang menyelamatkan nyawa di seluruh wilayah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#program makanan sedunia
#WFP
#laluan selamat
#Gaza
#Palestin
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan