MUMBAI: Platform komunikasi pesanan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), WhatsApp, menyekat lebih 1.75 juta akaun pengguna India pada November tahun lepas kerana didakwa menyalahgunakan perkhidmatannya, kata syarikat itu dalam laporan bulanan keselamatan pengguna keenamnya pada Ahad.
Akaun pengguna India itu disekat berikutan aduan yang diterima daripada pengguna lain melalui mekanisme pengesanan penyalahgunaan syarikat yang memantau aktiviti pengguna di platform.
Laporan bulanan WhatsApp diterbitkan mengikut Peraturan Teknologi Maklumat India 2021, yang berkuat kuasa pada Mei menetapkan platform digital besar dengan lebih lima juta pengguna untuk menerbitkan laporan pematuhan setiap bulan mengenai aduan yang diterima dan tindakan yang diambil.
November lalu, penyedia perkhidmatan pesanan itu menerima 602 laporan tentang pelanggaran pengguna terhadap syarat perkhidmatannya.
Jurucakap Whatsapp berkata syarikat itu melabur dalam teknologi Kecerdasan Buatan dan teknologi tercanggih lain untuk memastikan penggunanya selamat di platform itu.
Pada Oktober lalu, WhatsApp menerima 500 laporan rungutan selepas dua juta akaun pengguna India disekat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022
November lalu, penyedia perkhidmatan pesanan itu menerima 602 laporan tentang pelanggaran pengguna terhadap syarat perkhidmatannya. - Gambar hiasan
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah
Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.
Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.
WhatsApp perkenal ciri Chat Filters yang menunjukkan mesej belum dibaca
Aplikasi WhatsApp kini mempunyai tab untuk kesemua mesej, mesej yang belum dibaca dan mesej dari kumpulan yang disertai oleh pengguna.
Chatbot Meta AI mula diberikan di WhatsApp, Instagram dan Messenger
Dengan Meta AI, pengguna boleh melakukan pertanyaan mengenai pelbagai topik yang mungkin ingin ditulis.
WhatsApp kelak boleh tutup prebiu URL yang dikongsi
Ciri ini tersedia pada bahagian Lindungi Alamat IP ketika panggilan iaitu di Tetapan (Settings).
EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp
Selain itu, EAIC masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran sedia ada iaitu SPAPS di Portal EAIC, e-mel dan secara bersemuka.
Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April
AADK akan mengadakan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang sedang mengikuti RPDI di 30 PUSPEN di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.
Tiada sebut wang RM2 juta untuk Lim Guan Eng - Saksi
Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Polis sahkan terima laporan fitnah Menteri Pendidikan
Polis mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung isu fitnah mengaitkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang tular di aplikasi WhatApps dan laman Facebook.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.