awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
Kes 1MDB: Laungan 'Bebas Najib’ bergema di pekarangan mahkamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April

Bernama
Bernama
01/04/2024
14:12 MYT
Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April
AADK dalam kenyataan memaklumkan sesi lawatan akan diadakan selama lima hari iaitu bermula 14 April. - Gambar fail/AADK
KUALA LUMPUR: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan mengadakan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang sedang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan (RPDI) di 30 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.
AADK dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan sesi lawatan akan diadakan selama lima hari iaitu bermula 14 April untuk Puspen di Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah, manakala di Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak bermula 15 April.
Menurut kenyataan itu lawatan berkenaan bertujuan merapatkan hubungan antara klien dengan keluarga, mendapatkan sokongan moral dan emosi selain keluarga boleh melihat sendiri perkembangan pemulihan pelatih yang mengikuti program itu.
"Lawatan itu juga memberi ruang dan peluang antara keluarga atau penjaga dan klien untuk bertemu mesra serta sebagai pendekatan terapeutik dalam menyokong pemulihan klien," menurut kenyataan itu.
Untuk tujuan itu, AADK meminta keluarga atau penjaga yang ingin menyertai sesi lawatan keluarga terbabit supaya menghubungi Pegawai Pemulihan di PUSPEN sama ada menerusi panggilan telefon, sistem pesanan ringkas (SMS), aplikasi WhatsApp, surat atau e-mel kepada pegawai berkenaan.
Untuk maklumat lanjut berhubung sesi lawatan keluarga itu, orang ramai boleh hubungi Talian Hotline AADK menerusi talian 1-800-22-AADK (2235) atau 019-626 2233 (WhatsApp).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#AADK
#PUSPEN
#pemulihan klien
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan