MOSCOW: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak yakin penularan virus cacar monyet dapat dibendung sepenuhnya pada ketika ini, kata Pengarah WHO untuk wilayah Eropah, Hans Kluge pada Selasa.
"Kami tidak pasti sama ada kami dapat membendung penularan wabak itu sepenuhnya.
"Oleh itu, perlu dipastikan bahawa kontak rapat perlu dikurangkan, tindakan berkesan dalam kalangan komuniti, pengasingan kes ketika tempoh penularan, pemantauan dan pengesanan kontak rapat.
"Setakat ini, cacar monyet tidak memerlukan langkah pencegahan sama seperti pandemik COVID-19 kerana virus itu tidak merebak melalui cara yang sama.
"Bagaimanapun, potensi penularan virus itu adalah tinggi," kata Kluge dalam satu kenyataan.
Beratus-ratus kes cacar monyet telah direkodkan di Eropah, Australia, dan Amerika Syarikat.
Pegawai perubatan masih belum mengenal pasti cara jangkitan itu merebak memandangkan wabak itu adalah endemik di negara-negara Afrika dan majoriti yang dijangkiti tidak mempunyai sebarang hubungan dengan rakyat Afrika mahupun pergi ke sana, lapor Sputnik.
Menurut WHO, majoriti kes direkodkan adalah dalam kalangan gay dan biseksual.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak yakin penularan virus cacar monyet dapat dibendung sepenuhnya pada ketika ini. - Gambar fail/AP
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Ketua WHO gesa perlindungan kemudahan penjagaan kesihatan semasa konflik
Ghebreyesus berkata kerosakan kemudahan penjagaan kesihatan dan kakitangan WHO telah menjadi norma, seperti yang dilihat di Gaza, Sudan dan Ethiopia.
Hospital Al-Shifa umpama cangkerang kosong dengan pusara manusia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kemusnahan Hospital Al-Shifa menjadikannya umpama sebuah cangkerang kosong dengan pusara manusia susulan kepungan dan serangan Israel.
Malaysia laksana program pendidikan kesihatan menyeluruh, pupuk amalan berlandaskan pencegahan
Malaysia melaksanakan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk memupuk amalan penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan serta kesedaran kepentingan mendapatkan rawatan perubatan awal.
9,000 pesakit memerlukan pemindahan kecemasan dari Gaza
Hanya 10 hospital yang berfungsi secara minimum di seluruh Gaza dan beribu-ribu pesakit gagal mendapat penjagaan kesihatan.
Kebuluran di Gaza dijangka tidak dapat dielakkan - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata analisis terkini daripada Integrated Food Security Phase Classification (IPC) mencerminkan keadaan yang meruncing dihadapi penduduk Gaza.
Satu daripada lapan orang kini hidup dengan obesiti - WHO
Obesiti dalam kalangan orang dewasa telah meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak 1990.
“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.
Gaza: WHO bantu keluarkan 14 pesakit dari Hospital Nasser
WHO membantu memindahkan 14 pesakit dari Hospital Nasser di bandar Khan Younis yang dikepung tentera Israel.
Penggunaan tembakau semakin berkurangan di seluruh dunia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, kebanyakan negara di seluruh dunia berjaya mengurangkan penggunaan tembakau.