awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO seru tindakan segera haramkan produk tembakau, nikotin berperisa

Bernama
Bernama
31/05/2025
05:30 MYT
WHO seru tindakan segera haramkan produk tembakau, nikotin berperisa
Penerbitan terbaharu WHO mendedahkan bagaimana perisa dan aksesori seperti penapis kapsul serta titisan 'klik' dipasarkan untuk mengelak peraturan dan menarik pengguna baharu.
NEW YORK: Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat melancarkan penerbitan baharu serta menggesa kerajaan seluruh dunia supaya segera mengharamkan semua perisa dalam produk tembakau dan nikotin termasuk rokok, shisha dan rokok elektronik bagi melindungi golongan muda daripada ketagihan dan penyakit.
Menurut Agensi Berita Emiriah (WAM), perisa seperti pudina (menthol), gula-gula getah dan gula-gula kapas menutupi rasa kuat tembakau dan nikotin, sekali gus menjadikan produk berbahaya ini kelihatan mesra remaja.
Perisa bukan sahaja menyukarkan usaha berhenti merokok, malah dikaitkan dengan penyakit paru-paru serius.
"Perisa mencetuskan gelombang baharu ketagihan dan ia wajar diharamkan.
"Ia menjejaskan kemajuan selama beberapa dekad dalam kawalan tembakau.
"Tanpa tindakan berani, wabak tembakau global yang telah meragut kira-kira lapan juta nyawa setiap tahun akan terus didorong oleh ketagihan yang diselindungi oleh perisa menarik," kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Penerbitan terbaharu WHO mendedahkan bagaimana perisa dan aksesori seperti penapis kapsul serta titisan 'klik' dipasarkan untuk mengelak peraturan dan menarik pengguna baharu.
Ketika ini, lebih 50 negara telah mengharamkan tembakau berperisa; lebih 40 negara mengharamkan penjualan rokok elektronik; lima negara secara khusus mengharamkan vape pakai buang; dan tujuh negara mengharamkan perisa dalam rokok elektronik.
Namun, aksesori berperisa masih belum dikawal secara meluas.
Perisa dikenal pasti sebagai antara punca utama golongan muda mula mencuba produk tembakau dan nikotin.
WHO turut menegaskan bahawa produk tembakau mendedahkan pengguna kepada bahan kimia penyebab kanser dan perlu dikawal selia dengan ketat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembakau
#WHO
#rokok elektronik
#vape
#ketagihan
#nikotin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami