awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ASUS mungkin hasilkan memori sendiri untuk kekalkan harga peranti
Najib bukan orang kampung hingga boleh dikelirukan pengurusan 1MDB - Hakim
ChatGPT mula uji paparan iklan, langkah persediaan jana pendapatan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Won Korea melemah dengan ketara susulan pengisytiharan undang-undang tentera

Bernama
Bernama
03/12/2024
21:30 MYT
Won Korea melemah dengan ketara susulan pengisytiharan undang-undang tentera
Mata wang Korea Selatan, won, jatuh dengan ketara berbanding dolar AS pada Selasa susulan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Presiden Yoon Suk Yeol. - Gambar Reuters
SEOUL: Mata wang Korea Selatan, won, jatuh dengan ketara berbanding dolar AS pada Selasa susulan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Presiden Yoon Suk Yeol, lapor agensi berita Yonhap.
Won Korea merosot kepada serendah 1,430 won setiap dolar dalam dagangan luar pesisir malam tadi, selepas Yoon membuat pengisytiharan itu dalam siaran langsung mengejut pada lewat malam, dengan menuduh pihak pembangkang menguasai parlimen dan melumpuhkan kerajaan melalui "aktiviti anti-negara."
Ia adalah paras terendah sejak 26 Okt 2022, apabila mata wang tempatan itu jatuh kepada 1,432.4 won semasa dagangan dalam sesi harian.
Dalam dagangan domestik, mata wang tempatan itu didagangkan pada kadar 1,402.9 won berbanding dolar AS pada 3.30 petang, turun 1.6 won berbanding sesi sebelumnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#won
#mata wang Korea Selatan
#undang-undang tentera
#Presiden Yoon Suk Yeol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan