WASHINGTON: Presiden China, Xi Jinping berkata pada Khamis, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bagi mengemudi bahtera besar hubungan China-AS ke arah masa depan yang kukuh, lapor Xinhua.
Jinping menyeru China dan AS untuk memperkukuh komunikasi, bekerjasama dengan ikhlas, serta hidup bersama secara aman.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan yang dihoskan oleh Trump di White House.
-- BERNAMA-XINHUA