Skip to main content

Dunia

Xi peringati ulang tahun ke-105 Parti Komunis China

X @PDChinese
Sambutan ulang tahun ke-105 diadakan setahun sebelum Kongres Parti seterusnya yang dijadual memilih barisan kepimpinan baharu bagi penggal lima tahun akan datang. - Foto X/@PDChinese
Advertisement

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping, menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-105 penubuhan Parti Komunis China (CPC) di Beijing dengan menyampaikan Pingat 1 Julai, penghormatan tertinggi parti itu, kepada anggota parti yang dianggap sebagai teladan dan berjasa kepada negara.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat CPC dan Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, turut menyampaikan ucapan penting pada perhimpunan yang berlangsung di Dewan Besar Rakyat.

Selain penerima Pingat 1 Julai, majlis itu turut memberi penghargaan kepada anggota parti cemerlang, petugas parti serta organisasi parti peringkat akar umbi dari seluruh negara.

Parti Komunis China ditubuhkan pada 1 Julai 1921 dan kini merupakan parti pemerintah negara itu.

Sambutan ulang tahun ke-105 diadakan setahun sebelum Kongres Parti seterusnya yang dijadual memilih barisan kepimpinan baharu bagi penggal lima tahun akan datang.

Menjelang sambutan tersebut, Beijing turut menganjurkan konsert khas bertemakan 'Rakyat Diutamakan' yang dihadiri Xi dan pemimpin tertinggi negara bagi meraikan sejarah serta perjalanan parti sepanjang lebih satu abad.

Penganalisis melihat sambutan tahun ini sebagai peluang bagi kepimpinan China mengukuhkan mesej bahawa CPC akan terus memainkan peranan utama dalam pembangunan, kestabilan dan hala tuju masa depan negara itu.
 

 

Must Watch Video

Advertisement