awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yoon Suk Yeol hadapi cubaan baharu ditahan

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2025
23:50 MYT
Yoon Suk Yeol hadapi cubaan baharu ditahan
Penyokong Suk Yeol berhimpun di hadapan kediaman rasmi presiden itu di Seoul. - Foto REUTERS
SEOUL: Presiden Korea Selatan yang digulingkan, Yoon Suk Yeol, berdepan percubaan baharu yang lebih tegas untuk ditahan atas tuduhan pemberontakan.
Seorang penyiasat utama berikrar untuk melakukan apa sahaja bagi memecahkan halangan keselamatan dan menangkap pemimpin itu.
Pemangku Presiden Choi Sang-mok pada Rabu, menggesa pihak berkuasa agar melakukan yang terbaik untuk mengelakkan sebarang kecederaan kepada rakyat atau konflik fizikal antara agensi kerajaan semasa melaksanakan waran tangkap terhadap Suk Yeol.
Penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang beliau berkumpul di jalan-jalan sekitar kawasan kediaman presiden meskipun cuaca sejuk melampau.
Ini berlaku selepas mahkamah mengeluarkan semula waran tangkap pada Selasa untuk menahan beliau.
Perkhidmatan Keselamatan Presiden (PSS) telah memperkukuhkan kawasan kediaman Presiden minggu ini dengan kawat berduri dan penghadang menggunakan bas.
Ini bagi menghalang akses ke kediaman tersebut iaitu sebuah vila di kawasan mewah yang dikenali sebagai 'Beverly Hills Korea'.
Suk Yeol kini disiasat atas tuduhan pemberontakan susulan percubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera pada 3 Disember.
Ini membawa kepada waran tangkap pertama terhadap seorang Presiden yang masih memegang jawatan.
Beliau juga sedang berdepan perbicaraan pemecatan di Mahkamah Perlembagaan.
Salah seorang peguam Suk Yeol menyatakan bahawa Presiden tidak boleh menerima pelaksanaan waran tangkap tersebut kerana ia dikeluarkan oleh mahkamah di luar bidang kuasa yang sepatutnya.
Ketua Pejabat Penyiasatan Rasuah Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO), Oh Dong-woon yang mengetuai penyiasatan ini, memohon maaf pada Selasa kerana gagal menahan Presiden minggu lalu.
Ini selepas kebuntuan selama enam jam dengan ratusan anggota PSS, termasuk beberapa yang bersenjata, serta pengawal tentera di kawasan kediaman Presiden.
Oh tidak menjelaskan berapa hari yang diberikan oleh mahkamah sebelum waran tangkap baharu itu tamat tempoh.
Topic Berkaitan
#Yoon Suk Yeol
#ditahan
#tuduhan pemberontakan
#CIO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan