BAKU: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, beliau bersedia mengadakan peringkat seterusnya rundingan dengan Rusia di Azerbaijan, menurut media tempatan pada Sabtu, lapor Xinhua.
Beliau membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev di bandar Gabala, Azerbaijan, menurut Agensi Berita Report yang memetik kenyataan media.
Advertisement
,Zelensky berkata Ukraine bersedia menyambung semula format rundingan tiga hala dan mengadakan perbincangan di Azerbaijan dalam masa terdekat, sambil mengimbas kembali pertemuan sebelum ini yang diadakan di Turkiye dan Switzerland dengan penyertaan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA-XINHUA