awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika itu singgung DAP, saya tarik balik apa yang saya sebutkan - Ahmad Zahid
Lereng bukit setinggi 20 kaki runtuh di Taman Bukit Teratai Ampang
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelenskyy, Putera Mahkota Arab Saudi setuju selaraskan usaha untuk keamanan di Ukraine

Bernama
Bernama
11/08/2025
22:40 MYT
Zelenskyy, Putera Mahkota Arab Saudi setuju selaraskan usaha untuk keamanan di Ukraine
Gambar fail menunjukkan Zelenskyy (kiri) mengadakan pertemuan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman di Jeddah, Arab Saudi, pada 10 Mac 2025. - Gambar fail AP
KUALA LUMPUR: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Isnin berkata, beliau dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman bersetuju untuk menyelaras segala usaha yang diperlukan bagi menamatkan perang dengan Rusia, susulan perbincangan mereka baru-baru ini, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Zelensky memaklumkan Putera Mahkota mengenai hubungan diplomatik Ukraine dan menegaskan, "kini adalah masa yang mempunyai peluang sebenar untuk mencapai keamanan," namun ia mesti "bersifat hakiki dan berkekalan" dengan jaminan keselamatan bagi Ukraine dan Eropah.
Menurut AA, beliau berkata, kedua-dua pihak bersetuju bahawa tiada keputusan harus dibuat tanpa penglibatan Ukraine dan negara Eropah, dan beliau berterima kasih kepada pemimpin Arab Saudi itu atas sokongan yang "amat jelas" terhadap pendirian ini serta kesediaannya menyumbang kepada usaha damai.
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan projek bersama bagi mengukuhkan hubungan dua hala, dengan pasukan masing-masing akan memperincikan perkara tersebut.
Arab Saudi sebelum ini menjadi tuan rumah beberapa pusingan rundingan antarabangsa mengenai Ukraine, dalam usaha memainkan peranan sebagai pengantara bagi menamatkan konflik itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#Ukraine-Arab Saudi
#Volodymyr Zelenskyy
#Presiden Ukraine
#putera mahkota arab saudi
#Mohammed bin Salman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan