Skip to main content

Dunia

Zoo Pusat Nepal ditutup susulan wabak selesema burung

https://centralzoo.org.np/photo-gallery/
Zoo Pusat Nepal di Lembah Kathmandu ditutup sementara bagi melindungi kesihatan dan keselamatan orang awam dan pelawat, selepas jangkitan selesema burung dikesan. - Gambar fail
Advertisement

KATHMANDU: Zoo Pusat Nepal, yang terletak di Lembah Kathmandu, ditutup sejak Jumaat selepas selesema burung disahkan menjangkiti beberapa burung dan haiwan, lapor Xinhua.

Zoo berkenaan, yang menempatkan pelbagai jenis hidupan liar, adalah antara tarikan pelancong utama lembah itu.

Dalam notis yang dikeluarkan pada Jumaat, pihak berkuasa Zoo Pusat berkata ia ditutup sehingga diberitahu kelak bagi melindungi kesihatan dan keselamatan orang awam dan pelawat, selepas jangkitan selesema burung dikesan pada haiwan dan burung di dalam premis berkenaan.

Ganesh Koirala, pegawai maklumat di Zoo Pusat, memberitahu Xinhua lebih puluhan burung dan beberapa haiwan telah diuji positif untuk virus itu, memaksa pihak berkuasa menutup sementara kemudahan tersebut untuk pembasmian kuman.

“Ada burung yang mati akibat selesema burung,” katanya.

Walaupun penularan sesama manusia jarang berlaku, individu terlibat dalam penjagaan harian haiwan dan burung yang dijangkiti lebih berisiko untuk dijangkiti virus terbabit.

Wabak pertama selesema burung berlaku pada tahun fiskal semasa 2025/26 telah disahkan pada 18 Mac di daerah Morang, Wilayah Koshi di timur Nepal.

Sejak itu, sekurang-kurangnya 55 ladang ayam telah terjejas, menurut Jabatan Perkhidmatan Ternakan di bawah Kementerian Pertanian, Hutan dan Alam Sekitar.

"Pertambahan bilangan ladang terjejas di Lembah Kathmandu menyerlahkan dinamik penghantaran yang berterusan dan menekankan keperluan untuk biosekuriti, pengawasan dan campur tangan tindak balas yang diperkukuh," menurut jabatan itu.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement