awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 rancangan TV bersiri pilihan Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2019
07:42 MYT
10 rancangan TV bersiri pilihan Malaysia
Siri Game of Thrones menjadi siri kegemaran rakyat Malaysia sepanjang 2019.
Rancangan bersiri televisyen pada hari ini menjadi kegilaan sebahagian besar penonton tidak kira dari dalam mahu pun luar negara.
Menerusi satu kajian yang dijalankan, rakyat Malaysia rata-ratanya memilih episod akhir siri Game of Thrones sebagai siri kegemaran mereka di antara 10 pilihan yang disenaraikan.
Itu bukan satu kejutan, malahan sudah boleh dijangkakan apabila episod akhir siri berkenaan, The Iron Throne mencecah jumlah tontonan 19.3 juta penonton.
Ia sekali gus menjulang siri sebanyak lapan musim itu ke tangga nombor satu carta berbanding siri-siri lain yang turut memiliki pengikut tersendiri.
1. Game of Thrones Racangan ini merekod sejarahnya yang tersendiri apabila menerima sebanyak 32 pencalonan untuk kategori rancangan televisyen dan memenangi dua daripadanya iaitu Outstanding Drama Series dan Outstanding Actor Drama Series.
2. The Big Bang Theory Mengisahkan sekumpulan rakan dalam kalangan bijak pandai bekerja sebagai saintis dan jurutera melalui hari-hari biasa mereka
3. Chernobyl Menceritakan bencana nuklear Chernobyl yang terjadi di Republik Sosialis Soviet Ukraine pada April 1986
4. Watchmen dan The Boys (berkongsi kedudukan keempat dan kelima)
5. Watchmen dan The Boys Watchmen mengisahkan dunia distopia adiwira teragung daripada DC Comics sejak tahun 1986 (sekuel kepada filem Watchmen pada tahun 2009 arahan Zack Snyder)
The Boys pula diadaptasi daripada siri komik Dynamite Entertainment, karya Garth Ennis dan pelukis Darick Robertson. The Boys mengisahkan satu pasukan daripada operasi khas CIA untuk menjaga keamanan dunia.
6. His Dark Materials Cerita ini bermula di dunia alternatif di mana semua manusia mempunyai sahabat haiwan yang disebut daemon, yang merupakan manifestasi jiwa manusia.
7. Unbelievable Apabila seorang remaja dilaporkan telah dirogol, kemudian menceritakan kisahnya, dua detektif wanita mengikuti keterangan yang dapat mendedahkan kebenaran; berdasarkan kisah benar.
8. The Morning Show Cabaran individu yang bekerja di program televisyen pagi sebagai permulaan hari untuk rakyat Amerika.
9. Euphoria Kisah penceritaan yang telus dalam memotret kehidupan remaja Gen-Z di Amerika Syarikat
10. Dead To Me Kisah persahabatan luar biasa Jen dan Judy. Jen sedang berkabung apabila suaminya mati akibat langgar lari, sementara Judy bersedih untuk tunangnya yang meninggal dunia akibat serangan jantung
Enam daripada 10 siri televisyen berkenaan boleh ditonton ditayangkan di saluran Astro dan boleh ditonton di Astro Go.
Tetapi, pengalamannya nyata berbeza jika anda menaik taraf dekoder kepada UHD! Layari www.astro.com.my/ultra untuk makluman lanjut.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#bersiri televisyen
#Chernobyl
#Dead To Me
#Euphoria
#Games of Thrones
#His Dark Materials
#rancangan televisyen
#The Boys
#The Morning Show
#Unbelievable
#Watchmen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan