awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sistem tekanan rendah kutub landa Gaza, ancam keselamatan penduduk di kem pelarian
Liga Super: Badrul Afzan ikrar terus gilap bidang kejurulatihan
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'10 tahun bukan hanya sekadar lagu & pencapaian saya' - Afgan

Gempak
Gempak
01/10/2018
20:53 MYT
'10 tahun bukan hanya sekadar lagu & pencapaian saya' - Afgan
Afgan ditemui pada Majlis Sidang Media Konsert Dekade Afgan Live In Kuala Lumpur 2018 pada Isnin. - Foto Astro GEMPAK
SEMPENA ulang tahun ke-10 penglibatan Afgan dalam industri muzik, penyanyi popular Indonesia ini akan mengubati kerinduan peminat di Malaysia menerusi Konsert Dekade Live In Kuala Lumpur 2018 pada Sabtu, 3 November bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.
Menurut Afgan, konsert ini menjadi hadiah istimewa untuk peminatnya sempena ulang tahun ke-10 bergelar penyanyi.
Afgan turut menjanjikan kelainan di mana dia akan memberi sentuhan peribadi agar dapat mendekatkan lagi dirinya dengan peminat di Malaysia.
"Sepuluh tahun bukan hanya sekadar lagu dan pencapaian saya, malah ia melibatkan perjalanan sebagai seorang insan biasa.
"Konsert ini juga begitu peribadi untuk saya kerana ia menjadi tanda penghargaan kepada semua peminat yang setia menyokong selama ini," katanya.
Afgan ditemui di Majlis Sidang Media Konsert Dekade Afgan Live In Kuala Lumpur 2018 pada Isnin.
Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert ini, harga tiket dijual pada harga RM 588 (pakej gold) dan RM 888 (pakej platinum).
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web ticketcharge.com.my atau menerusi talian 03-9222 8811.
Topic Berkaitan
#Afgan
#Dekade Live
#hadiah
#Indonesia
#konsert
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#penyanyi
#ulang tahun ke-10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan