awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 tahun lagu 'Ramadan Datang' popular, Tompi rakam lagu kerohanian kerana sikap generasi muda

Gempak
Gempak
23/03/2023
03:30 MYT
13 tahun lagu 'Ramadan Datang' popular, Tompi rakam lagu kerohanian kerana sikap generasi muda
Tompi menjelaskan dia memang sengaja tidak melahirkan lagu kerohanian pada setiap tahun kerana tidak mahu dilabel sebagai penyanyi lagu kerohanian. - Foto Gempak
LAGU 'Ramadan Datang' merupakan salah sebuah lagu paling popular dan kerap diputarkan sesuai dengan sambutan bulan mulia tersebut.
Diam tak diam, lagu yang didendangkan oleh Tompi itu sudah berusia 13 tahun. Dan sejak itu, penyanyi asal Indonesia tersebut tidak pernah sekalipun merakamkan lagu bersifat kerohanian lagi.
Namun tidak untuk kehadiran Ramadan pada tahun ini. Selepas 13 tahun, Tompi telah merakamkan sebuah lagu khas untuk Ramadan yang berjudul 'Ada Anak Bertanya Mana Bapaknya'.
Ada Anak Bertanya Mana Bapaknya bukan sebuah karya baharu, sebaliknya Tompi membuat remake terhadap lagu milik Bimbo.
Tompi ada alasan tersendiri merakamkan semula lagu tersebut. Hal itu kerana hatinya terpaut pada lirik lagu yang mendalam, terutama tentang pegangan agama.
“Pada awalnya ia bukan sebuah projek serius, saya hanya memainkan ia untuk suka-suka.
“Tapi ternyata liriknya sangat dalam dan saya melihat anak generasi sekarang semakin jauh dari agama.
“Lagu ini bukan hanya untuk anak-anak kita, tapi buat semua orang menikmatinya,” kata Tompi seperti dilaporkan InsertLive.
Malah dia yang siap merilis video klipnya turut menyelitkan kenangan bersama arwah ibu sebagai satu kenangan buatnya yang kerap diajar tentang agama dan kebaikan oleh sosok wanita penting itu.
“Saya rasa orang yang paling berjasa mengajarkan bab agama adalah ibu saya. Setiap hari tanpa jemu sepanjang dia masih hidup, dia ingatkan tentang agama. Dia adalah yang terbaik,” katanya.
Tompi juga menjelaskan dia memang sengaja tidak melahirkan lagu kerohanian pada setiap tahun kerana tidak mahu dilabel sebagai penyanyi lagu kerohanian.
“Kalau buat setiap tahun nanti jadi penyanyi lagu kerohanian. Saya bukan cari duit (menyanyi). Duit boleh cari di tempat lain,” katanya yang juga merupakan seorang doktor. - Gempak
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#lagu kerohanian
#Doktor
#penyanyi
#tompi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan