awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 Puasa Di Kampong Pisang naskhah komedi terbaharu Mamat Khalid sempena Ramadan

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
13/04/2021
07:16 MYT
18 Puasa Di Kampong Pisang naskhah komedi terbaharu Mamat Khalid sempena Ramadan
FIlem 18 Puasa Di Kampong Pisang, akan menjengah ke saluran pawagam rumah anda, Astro First (CH480) bermula 15 April ini.
KALAU Marvel Cinematic Universe (MCU) boleh menggabungkan kisah-kisah adiwira seperti Iron Man, Thor, Captain America dan beberapa lagi adiwira menjadi satu gabungan filem yang hebat, tiada sebab kenapa filem tempatan juga tidak mampu untuk berbuat demikian.
Di tangan sutradara tersohor, Mamat Khalid, perkara itu direalisasikan beliau.
Dua karyanya sebelum ini, 16 & 17 Puasa serta Kampong Pisang digabungkan menjadi satu dan akan dikenali sebagai 18 Puasa Di Kampong Pisang.
Keputusan untuk menggabungkan kedua-dua karya ini adalah rentetan kejayaan dua naskhah tersebut selepas ditayangkan di televisyen dan mendapat sambutan luar biasa daripada pencinta filem tanah air.
Masih mengekalkan jalan cerita tidak berpuasa, bagaimanapun, dalam buah tangan terbaharu pengarah itu, beliau memperlihatkan pendekatan berbeza berbanding karya-karya terdahulu.
“Filem ini membawakan pendekatan yang berbeza berbanding karya 16 Puasa & 17 Puasa. Sudah tentu nilai hiburannya masih ada, cuma terpulang kepada penonton bagaimana mahu menilai dan menerima filem ini.
“Apa yang boleh saya katakan, jalan cerita dan babak yang dipersembahkan mudah untuk penonton faham kerana ia memang berlaku di sekeliling kita atau memang terjadi pada diri sendiri.
“Sebagai manusia, mungkin kadang-kadang kita alpa dengan tanggungjawab sebagai seorang muslim, jadi diharap karya ini dapat mengajak penonton untuk refleksi diri lebih-lebih lagi dalam bulan mulia, bulan Ramadan,” kata pengarah yang sangat masyhur dengan filem Hantu Kak Limah itu lagi.
Menerusi 18 Puasa Di Kampong Pisang, banyak mesej yang diterjemahkan antaranya ialah hikmah berpuasa, zakat, fungsi Baitulmal, Rukun Islam, nilai murni bersedekah, solat taubat dan banyak lagi.
Filem bergenre komedi ini menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Bell Ngasri, Kazar Saisi, Mat London, Aziz M Osman dan Afea Deana.
Lebih menarik filem ini turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa Datuk Ustaz Kazim, Rani Kulop dan Jaafar Onn.
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang akan menjengah ke saluran pawagam rumah anda menerusi Astro First (CH480) bermula 15 April ini.
Topic Berkaitan
#18 Puasa di Kampung Pisang
#16 Puasa
#17 puasa
#Kampung Pisang Bersiri-siri
#filem
#Mamat Khalid
#Astro Shaw
#Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan