DI SEBALIK kegemilangan filem "Sembilu" yang ditayangkan 25 tahun lalu, satu misteri masih belum terjawab: Siapakah persona bernama Wati dalam filem itu?
Adakah dia sekadar nama yang tiada empunya atau ada kisah di sebaliknya?
Identiti "Wati" pernah dikaitkan dengan pelakon utama filem itu sendiri, Datuk Awie. Kononnya nama itu berputik daripada kisah cinta sejati yang dilaluinya sendiri.
Namun, siapa sebenarnya gadis bernama Wati yang berjaya mencuri hati Awie sehingga kisah itu dipentaskan ke layar perak?
Dalam usaha Astro AWANI merungkai rahsia itu, pelantun lagu "Di Ambang Wati" lebih selesa untuk terus merahsiakan identiti wanita berkenaan.
“Siapa pun tak tahu sebenarnya siapa Wati itu, siapa pun tak pernah tahu. Tapi ketika tahun 80-an pernah ada terkeluar dalam majalah gambar Wati tetapi semasa zaman itu tiada lagi keadaan viral dan orang mungkin ingat-ingat lupa,” cerita Awie ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Tambah Awie, “Wati” telah lama punya kehidupan sendiri dan hubungan mereka terhalang kerana tidak mendapat restu keluarga Wati.
“Wati sudah pun berkahwin dan punya keluarga sendiri. Saya mengenali adik beradiknya dan saya masih lagi berhubung dengan abangnya.
“Hubungan saya dengan keluarganya baik, cuma ketika itu mendapat halangan ibu bapa kerana dia masih menuntut di universiti,” katanya.
Perkara itu sekali gus mengiyakan desas-desus sebelum ini yang membuatkan filem itu mendapat kutipan box office di pawagam.
Menurut Ketua Kandungan Studio Astro, Syazwan Zakariah dan juga pengkritik filem, antara faktor utama orang mahu menonton filem tersebut adalah kerana publisiti mengenai filem itu berkisarkan kisah cinta sebenar Awie.
“Sebelum, filem itu memulakan pengambaran lagi, publisiti mengenai kisah cinta Awie bakal difilemkan telah pun mendapat perhatian ramai, ditambah dengan gabungan tiga nama besar industri hiburan ketika itu.
"Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain menjadi sebab utama mengapa filem Sembilu mendapat sambutan yang menggalakkan.”
Tambah Syazwan, kebolehan Pengarah terkenal Yusof Haslam juga harus dipuji dalam membimbing penyanyi-penyanyi terkenal menjadi pelakon.
“Pengalaman Yusof Haslam sebagai pelakon banyak membantu penyanyi-penyanyi ini menjadi pelakon. Beliau sebagai ‘actor’s director’, bukan sahaja tahu mengarah tetapi tahu juga teknik lakonan.
“Dalam masa yang sama nama Yusof Haslam juga sangat besar ketika itu kerana telah berjaya membawa Ella ke dalam dunia perfileman menerusi filem Pemburu Bayang dan Bayangan Maut, kerana itu Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain yakin untuk berlakon di bawah arahan beliau.”
Pada Ahad, genap 25 tahun filem Sembilu ditayangkan kepada umum.
Biarpun sudah lama berlalu, jenama "Sembilu" tidak pernah lekang daripada ingatan peminat setia filem terbitan Skop Productions Sdn Bhd itu.
Pertaruhan Skop Productions meletakkan barisan pelakon seperti Datuk Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain nyata berbaloi apabila filem itu mengutip pecah panggung sebanyak RM4.2 juta.
Azyyati Ahmad, Hasimi Muhamad
Mon Aug 19 2019
Siapakah persona bernama Wati dalam Sembilu? Adakah dia sekadar nama yang tiada empunya atau ada kisah di sebaliknya? -Foto Skop Productions
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Rock Warrior Music Festival, acara muzik epik untuk semua peminat rock
Menampilkan band rock terkemuka seperti Wings, Search (KidDin), dan XPDC, festival ini bertujuan menghidupkan kembali era kegemilangan muzik rock.
PRK Nenggiri: Awie ikrar beri khidmat kepada rakyat tanpa mengira warna politik
Mohd Azmawi berkata tanggungjawab itu pastinya akan digalas sebaik mungkin kerana telah dipilih sebagai wakil kepada semua penduduk di DUN berkenaan.
'Saya hilang banyak masa bersama keluarga' – Awie tutup karier solo dengan konsert Journey
Keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan beban komitmen sebagai anak seni dan memberikan lebih tumpuan terhadap keluarga.
Awie mahu kotakan janji, jaga kesihatan demi keluarga
Awie berkongsiperkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique
Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
'Ini tanggungjawab besar' - Awie kini bergelar pengarah filem aksi
Biarpun idea dan cerita asal filem Rebel ini adalah cetusan daripada dirinya sendiri, Awie menyatakan jalan ceritanya langsung tiada berkaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan.
Lima rockers otai bergabung bantu Al-Muqwa
Ali XPDC, Ijam Medicine, Datuk Awie, Ady Wow dan Anjang Terra Rossa bersama Iwan Syahman, Kieran dan Faizal Ismail berkongsi pentas bagi membantu pihak pengurusan mengumpul dana.