awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
04/03/2025
04:35 MYT
3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Dari kiri Azad Jasmin, Nabil Ahmad dan Radin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak susulan penyiaran kandungan video mereka bertiga yang menyinggung sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
KUALA LUMPUR: Tiga penyampai radio popular ERA FM iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak susulan penyiaran kandungan video mereka bertiga yang menyinggung sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
Dalam video yang dikongsi di akaun media sosial era.je pada Selasa, ketiga-tiga penyampai segmen 3 Pagi Era itu mengakui kesilapan mereka dan berikrar kekhilafan yang sama tidak akan berulang lagi pada masa depan.
“Kami memohon maaf kepada semua pihak berkaitan video kami yang dimuat naik di laman media sosial ERA baru-baru ini berhubung aksi yang kurang menyenangkan dan telah menyinggung hati segelintir pihak dan sahabat-sahabat kami yang berbangsa India.
“Kami akui kesilapan serta kekhilafan kami dan kami juga akan pastikan perkara yang sama tidk akan berulang lagi pada masa akan datang.
“Kami juga sentiasa terbuka untuk terima segala komen dan kritikan untuk memperbaiki diri kami.
“Sekali lagi, kami menyusun jari memohon maaf di atas kesilapan tanpa sedar yang kami lakukan. Maafkan kami dari 3 Pagi Era,” kata Nabil, Radin dan Azad dalam video permohonan maaf itu.
View this post on Instagram
A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)
Dalam perkembangan sama, pengurusan tertinggi ERA FM turut memohon maaf dengan insiden yang telah mencetuskan perasaan kurang senang itu.
“Selepas ini, kami akan pastikan insiden yang sama tidak akan berulang dan kami sentiasa peka dengan perkara yang berlaku di sekeliling kami,” kata stesen itu lagi.
Topic Berkaitan
#Radio Era
#ERA mohon maaf
#Penyampai radio ERA
#3 Pagi ERA
#Nabil Ahmad
#Radin
#Azad Jasmin
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan