awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

31 seniman hasilkan lukisan interpretasi puisi Pyanhabib

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
28/05/2015
09:12 MYT
31 seniman hasilkan lukisan interpretasi puisi Pyanhabib
Pyanhabib mendeklamasikan puisi terbaru beliau ketika majlis perasmian pameran 'Melukis Puisi: Sebuah Pencitraan Puisi Puisi Pyanhabib' pada Rabu - Foto Astro AWANI
Pyanhabib, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi bagi peminat-peminat puisi di Malaysia.
Kini puisi nukilan beliau bukan hanya dideklamasi di pentas, sebaliknya diintepretasi menerusi kanvas dengan gabungan 31 pelukis tempatan.
Menerusi pameran bertemakan 'Melukis Puisi: Sebuah Pencitraan Puisi Puisi Pyanhabib', pengunjung berpeluang melihat karya puisi Pyanhabib yang diangkat daripada bukunya, Balada Pyanhabib ke karya visual lukisan.
Pameran yang dianjurkan Hom Art Trans dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) ini adalah bagi memberi penghargaan kepada Pyanhabib, penyair terkenal tanah air yang telah bergiat aktif dalam bidang seni selama lebih empat dekad.
Menurut pengarah Hom Art Trans, Bayu Utomo Radjikin, kesemua 31 pelukis mengambil masa kurang dari enam bulan untuk menyiapkan projek ini.
“Projek ini telah bermula sejak setahun yang lalu dan rata-rata pelukis yang terlibat di dalam pameran melukis puisi ini mengambil masa kurang dari enam bulan untuk menyiapkan karya mereka,” kata Bayu.
Manakala bagi Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan bin Abdul Rahman, beliau memberi kebebasan kepada semua pelukis untuk membuat tafsiran sendiri ke atas puisi beliau.
“Bukan semua orang faham apa yang kita tulis, jadi dengan pameran ini saya berharap agar siapa yang tidak memahami puisi mungkin boleh memahaminya melalui lukisan.
“Dalam projek ini, saya beri kebebasan penuh kepada semua seniman yang terlibat untuk mentafsir sendiri puisi saya berdasarkan pemahaman mereka,” katanya.
Pameran ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd Khair Ngadiron
Pameran ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd Khair Ngadiron
Pameran ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd Khair Ngadiron
Pameran yang dilancarkan secara rasmi pada Rabu itu berlangsung sehingga 3 Jun di Whitebox, pusat membeli-belah Publika.
Antara pelukis yang terlibat dalam projek ini adalah Jailani Abu Hasan, Aznan Omar, Latif Maulan dan Anisa Abdullah.
Selain dipamerkan, lukisan 31 pengkarya seni ini turut didokumentasikan dalam bentuk buku yang turut memuatkan 10 puisi terbaru beliau.
Topic Berkaitan
#Bayu Utomo Radjikin
#Hom Art Trans
#Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
#ITBM
#Pyanhabib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan