awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 tahun pemergian, peminat kongsi pesan Yasmin Ahmad

Syafique Shuib
Syafique Shuib
25/07/2015
10:21 MYT
6 tahun pemergian, peminat kongsi pesan Yasmin Ahmad
Media sosial hari ini dibanjiri dengan kata-kata semangat pengarah Yasmin Ahmad, enam tahun selepas pemergiannya.
Media sosial hari ini dibanjiri dengan pesan dan kata-kata semangat yang pernah disuarakan oleh pengarah Yasmin Ahmad.
Ini kerana, hari ini merupakan ulang tahun ke-enam pemergian pengarah filem yang terkenal menerusi filem Sepet, Talentime dan Gubra.
Karya beliau, walaupun ringkas, tetapi memberi kesan yang hebat kepada mereka yang telah menonton.
Filem atau iklan arahan beliau menggunakan gaya lakonan yang bersahaja dan semulajadi.
Yasmin Ahmad turut terkenal dengan kata-kata semangat beliau, yang dapat menjadi inspirasi dan motivasi kepada para peminatnya.
Antara yang berkongsi mutiara kata Allahyarham ialah pelakon terkenal Sharifah Amani, yang pernah membintangi beberapa filem arahan Yasmin Ahmad.
Mak pesan. Al fatihah Yasmin Ahmad. pic.twitter.com/M6Okn7pc8n
— Sharifah Amani (@sharifahamani) July 25, 2015
So hard to believe youe left us for six years now. I still miss you. We still miss you. Yasmin Ahmad (7 January 1958 25 July 2009)
— klubbkidd(@klubbkiddkl) July 25, 2015
"Work hard, doa, and be nice to your parents." -Yasmin Ahmad-
— NK (@Nabihah17) July 25, 2015
6 tahun. #YasminAhmad. Al-Fatihah. pic.twitter.com/akqSQNNe4A
— Guritno Purwakanti (@waniardy) July 25, 2015
"Allah knows best. Let God judge. We can only love." - Yasmin Ahmad
— Naddy Winchester (@naddywinchester) July 25, 2015
"God gave everyone the same amount of talent. It's just up to you to korek (dig)." -Yasmin Ahmad Remembering... http://t.co/hscH8gkKBz
— Chan Oga (@misschanoga) July 25, 2015
Yasmin Ahmad, 6 tahun terasa seperti semalam. Al-Fatihah (7 Januari 1958 25 Julai 2009) pic.twitter.com/fEtrLknGYJ
— Muzaffar Mustapa (@sultanmuzaffar) July 25, 2015
Hari ni genap 6 tahun pemergian Arwah Yasmin Ahmad. Membesar dgn iklan Petronas, I feel honored tahun ni berpeluang bikin filem iklan raya.
— Rewan Ishak (@rewan_ishak) July 25, 2015
Maybank turut memberi penghormatan kepada Yasmin Ahmad.
“Kami memperingati beliau untuk karya dan kreativiti beliau,” tulis Maybank menerusi akaun rasmi Twitter mereka.
Ia juga memuat naik video iklan bertajuk ‘Close To You’ yang merupakan skrip terakhir yang dikarang oleh Yasmin Ahmad dan dihasilkan dalam bentuk sebuah iklan oleh syarikat perbankan terkemuka itu:
The legendary Yasmin Ahmad passed away 6 years ago today. We remember her for her craft and creativity. https://t.co/WeRC7PcbdH #tribute
— Maybank (@MyMaybank) July 25, 2015
Sementara itu di Singapura, satu tanyangan istimewa diadakan di Malay Heritage Centre bagi memperingati karya Yasmin Ahmad.
Tiga filem yang ditayangkan adalah Rabuh, Mukhsin, dan Talentime.
I feel so fortunate to be at the Tribute for Yasmin Ahmad today. Seeing all her ads again just reminds me how important to write with love.
— Hazwan-Awan (@radioantenna) July 25, 2015
Pada November 2014, muzium khas yang diberi nama Yasmin At Kong Heng dirasmikan bagi meraikan kehidupan pengarah filem terkenal itu.
Pada Mac 2015, filem ikonik Sepet ditayangkan semula, 10 tahun selepas tayangan filem berkenaan.
Selain Sepet, filem-filem yang dihasilkan beliau seringkali menjadi buah mulut orang kerana keunikan jalan cerita yang dibawanya seperti Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentine.
Yasmin Ahmad meninggal dunia pada 25 Julai 2009 akibat pendarahan teruk di otak.
Topic Berkaitan
#Close To You
#iklan
#Maybank
#Yasmin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan