awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaron Aziz cabar diri, duduk di kerusi pengarah filem kisah cinta

Gempak
Gempak
26/11/2023
02:40 MYT
Aaron Aziz cabar diri, duduk di kerusi pengarah filem kisah cinta
Aaron Aziz bersama barisan pelakon ketika di set penggambaran Sayu Yang Syukur. - Gempak
NAMA pelakon popular Datuk Aaron Aziz sudah cukup sinonim dengan penglibatannya sebagai teraju dalam naskhah filem yang bertemakan cinta.
Berbekalkan pengalaman yang cukup luas dalam dunia lakonan, ternyata pelakon berbakat besar itu diberi peluang untuk mengarahkan sebuah filem bertemakan cinta berjudul Sayu Yang Syukur.
Aaron berkata, pembabitannya dalam filem tersebut selaku pengarah bermula setelah ditawarkan sendiri oleh Penerbit Eksekutif, Allahyarham Datuk Gulzar Mohamad Noor Mohamed atau lebih dikenali sebagai Mohd Atlas pada tahun 2015.
“Pada awalnya saya diberikan peluang untuk berlakon sahaja, namun arwah tawarkan pula untuk saya mengarahkan filem ini.
“Saya merasakan ia satu peluang yang tidak harus dilepaskan memandangkan saya tak pernah mengarahkan sebuah filem cinta,” ujarnya.
Diterbitkan syarikat Nusanbakti Production, Sayu Yang Syukur merupakan filem kedua arahan Aaron selepas Romeo Kota.
Sayu Yang Syukur merupakan sebuah filem konflik percintaan penuh dramatik yang turut menampilkan Aaron selaku pelakon, selain Nora Danish dan Arja Lee sebagai teraju utama.
Jelas Aaron, apa yang membuatkan dia tertarik untuk mengarahkan filem berkenaan adalah apabila dia diberi kebebasan oleh pihak penerbit, terutama dari segi pemilihan pelakon dan olahan skrip.
Menurutnya lagi, dia juga menggunakan pengalaman yang ada ketika berlakon di bawah arahan pengarah-pengarah hebat seperti Kabir Bhatia, Osman Ali dan Erma Fatima.
“Untuk skrip saya membuat 90 peratus olahan berbanding skrip asal dengan memasukkan idea-idea baharu agar filem ini mempunyai kelainan dengan filem cinta yang lain.
“Begitu juga dengan pemilihan pelakon apabila saya diberi sepenuh kepercayaan untuk memilih barisan pelakon yang saya inginkan,” jelasnya.
Tambah Aaron, untuk mengarahkan sebuah filem cinta bukanlah sesuatu kerja mudah memandangkan genre sebegitu lebih bermain kepada emosi dan perasaan yang mendalam.
Jelasnya lagi, ia turut memberikan cabaran tersendiri buat dirinya apabila bertindak selaku pengarah dan pelakon pada masa yang sama.
“Apabila menjadi pengarah, banyak benda yang saya perlu jaga. Mana nak berlakon... jaga dialog, jaga lokasi bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Memang ia sesuatu yang agak mencabar.
“Apapun saya bersyukur dan berterima kasih kerana mendapat kru produksi yang banyak membantu sepanjang penggambaran serta pelakon yang memberikan komitmen yang sangat baik untuk menjayakan filem ini,” ujarnya.
Filem Sayu Yang Syukur bakal menemui penonton di seluruh negara apabila ditayangkan di pawagam mulai 28 Disember depan. - Gempak
Topic Berkaitan
#Aaron Aziz
#Sayu Yang Sukur
#pengarah
#filem cinta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan