awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
Spotify tambah jualan buku fizikal, lancar ciri penyelarasan Page Match
Penjual lembu didakwa bunuh guru perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang meninggal dalam keadaan menghadap kiblat, tangan berkiam - Adik Pian Cecupak

Gempak
Gempak
29/01/2022
02:29 MYT
Abang meninggal dalam keadaan menghadap kiblat, tangan berkiam - Adik Pian Cecupak
Adik kepada Allahyarham Pian Cecupak (kiri), Hassenah menceritakan detik terakhir abangnya di hujung hayat berada dalam keadaan yang sangat bersih. -Gempak
ADIK kepada Allahyarham Pian Cecupak, Hassenah menceritakan detik terakhir abangnya di hujung hayat berada dalam keadaan yang sangat bersih.
Memetik sebuah video yang dikongsi oleh HLive di dalam Instagram milik mereka, Hassenah memaklumkan Pian meninggal di dalam keadaan terduduk menghadap kiblat.
“Keadaan dia (Allahyarham) cantik, dia duduk (terbaring), tangan dia dah siap macam ni (berkiam), kaki dia dah julur, jadi benda tu orang kata takdelah terkilan.
"Bukan dia tergantung ke, terjatuh ke, takde. Bersih, dia pergi dalam keadaan yang bersih, memang bersih sangat.
“Kulit dia pun lembut, takde la terkilan macam mata, mulut terbuka, takde. Alhamdulillah, semua cantik,” ujar Hassenah yang ditemu bual sejurus selepas majlis pengebumian.
Tambah Hassenah lagi, dia tidak akan sesekali melupakan tarikh pemergian abangnya kerana ia sama dengan tarikh lahirnya.
“Dia adalah abang, jadi kenangan tu memang banyak. Biasalah kadang dia angin, dia moody. Kasar dia tu sekejap je.
"Lepas dah berbaik, memang berbaik. Dia jenis yang bukan simpan lama-lama. Tapi dia memang the best la,” jelasnya.
Tambah abang kepada Pian, Muhammad Daud, mereka sekeluarga sempat berkumpul sambil mengadakan majlis kesyukuran sembilan hari sebelum pemergian Allahyarham.
Dalam kejadian malam tadi, Allahyarham Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahman, 52, menghembuskan nafas terakhir di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni.
Hassenah berkata abangnya ditemui oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik air sekitar jam 8 malam.
BACA: Pian Cecupak meninggal dunia
BACA: Jenazah Pian Cecupak dikebumi sebelum zuhur
Takziah | Pian Cecupak meninggal dunia
*Berita asal di Gempak
Topic Berkaitan
#Pian Cecupak
#Mohd Rafik Abdul Rahman
#Hassenah
#Muhammad Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan