awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Pian Cecupak dikebumi sebelum zuhur

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2022
02:20 MYT
Jenazah Pian Cecupak dikebumi sebelum zuhur
Jenazah Allahyarham Pian Cecupak akan dikebumikan sebelum zuhur selepas semua prosedur pengurusan selesai sekitar jam 11 pagi ini.
KUALA LUMPUR: Allahyarham pelawak Pian Cecupak dilapor akan dikebumikan sebelum zuhur selepas semua prosedur pengurusan jenazah selesai sekitar jam 11 pagi ini.
BACA: Pian Cecupak meninggal dunia
"Dalam ​pukul 10 atau 11 pagi akan dibawa turun ke surau.
"Mungkin akan dikebumi di Kampung Puah Seberang sebelum zohor," kata seorang ahli keluarga Allahyarham kepada wartawan.
Takziah | Pian Cecupak meninggal dunia
Pian Cecupak, atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahman, 51, meninggal dunia di rumah ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul di sini, pada jam 8 malam tadi selepas dikatakan terjatuh di dalam tandas sebelum ditemui ibunya.
Menurut adik Allahyarham, Hasenah, abangnya pernah dilapor menjalani rawatan jantung selepas mengalami masalah tekanan jantung yang serius.
"Arwah sememangnya mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja.
"Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwah memang agak merosot. Dia selalu juga mengadu sakit dada.
"Mak jumpa arwah dah terbaring dalam bilik air sekitar pukul 8 malam tadi.
"Bawa ke hospital dan dapat pengesahan doktor pada 10.30 malam," kata Hasenah sepertimana dilaporkan mStar.
Topic Berkaitan
#Pian Cecupak
#Hasenah
#serangan jantung
#pelawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan