PEMENANG Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29), Noor Neelofa Mohd Noor tidak menafikan namanya popular kerana kontroversi.
"Saya setuju dan tidak menafikan yang kontroversi sedikit sebanyak menaikkan nama saya. Melihat kepada tahun pertama dan kedua saya dalam bidang hiburan, nama saya banyak terpalit dengan isu panas.
"Masuk tahun ketiga, perkara itu semakin kurang dan di tahun keempat, saya dapat mengatasi masalah tersebut. Lama kelamaan, saya dapat menghindarkan diri dari kontroversi," kata Neelofa kepada Astro Gempak.
BACA: Senarai penuh pemenang ABPBH 29: Neelofa Bintang Paling Popular!
Mengakui sukar baginya untuk mengekalkan momentum dalam bidang hiburan, Neelofa mengambil iktibar atas setiap kontroversi yang terjadi kepada dirinya.
"Setiap isu yang timbul, saya ambil perkara itu sebagai satu perkara yang positif. Lama kelamaan, saya dapat atasi isu yang berbangkit dan menjadikan perkara itu sebagai pengajaran. Saya juga lebih berhati-hati memberi kenyataan dan jika ada kontroversi, saya mengambil pendirian untuk senyap sahaja," kata pengacara rancangan MeleTop ini.
Tidak menyangka dapat merangkul trofi Bintang Paling Popular, Neelofa bersyukur dengan kemenangan yang diraihnya selepas enam tahun terlibat dalam industri hiburan.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana dapat merangkul trofi Pengacara TV Popular dan anugerah utama Bintang Paling Popular. Semuanya kerana peminat yang tidak henti-henti menyokong saya.
"Insya-Allah, saya akan mencuba lebih lagi untuk bertahan dan memberikan yang terbaik dalam bidang hiburan," katanya mengakhiri temubual.
Gempak
Mon May 09 2016
Mengakui sukar baginya untuk mengekalkan momentum dalam bidang hiburan, Neelofa mengambil iktibar atas setiap kontroversi yang terjadi.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Bell Ngasri terima Mini Cooper Clubman S bernilai RM200,000
Bell Ngasri teruja menerima hadiah kereta jenama Mini Cooper Clubman S bernilai RM200,000 tajaan syarikat kenderaan DTC Motors pada Isnin.
Rupanya Bell Ngasri garang, isteri dedah sisi lain Barkoba di rumah
Isteri kepada pelakon dan pelawak Bell Ngasri iaitu Nur Farhana Mahamad Fauri berkongsi sisi lain suaminya ketika bersama keluarga.
Malam gemilang Azlina, Liza Aziz
Selepas lama tidak muncul, kelibat dua beradik itu pada malam ABPBH mendapat pujian ramai.
Tindakan Sam gantung vape di leher dikesali penganjur ABPBH
Menurut penganjur, semua artis yang terlibat pada malam itu telah diberi penerangan mengenai tata susila dan etika berpakaian bukan sahaja ketika menghadiri majlis malah ketika menjadi penyampai trofi
"Maafkan saya, ini kecuaian sendiri" - Sam mengaku silap gantung vape di leher
Perkara tersebut turut dipersoalkan oleh Public Health Malaysia, bagaimana tindakan sedemikian boleh dilepaskan untuk tayangan umum.
ABPBH 29: Neelofa tak nafi kontroversi naikkan nama
Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29), Noor Neelofa Mohd Noor tidak menafikan namanya popular kerana kontroversi.
Senarai penuh pemenang ABPBH 29: Neelofa Bintang Paling Popular!
Neelofa dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) yang berlangsung malam tadi.
Artis mana yang berjaya masuk dalam senarai calon Top 5 ABPBH 29?
Kehangatan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) semakin dirasakan apabila finalis bagi 13 kategori diumumkan hari ini.
Shaheizy Sam kembali rangkul anugerah Bintang Paling Popular ABPBH
Dengan jumlah undian sebanyak 265,703, gelaran Bintang Paling Popular Berita Harian 2014 menjadi milik Shaheizy Sam.
Trofi Bintang Paling Popular kembali ke tangan Aaron Aziz
Pelakon Aaron Aziz kembali meraih gelaran Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013.