awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
Elon Musk mahu bina kilang pengeluaran cip 2nm tidak tegas dari segi kebersihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Acha Septriasa, Vicky Kharisma sah bercerai

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2025
06:00 MYT
Acha Septriasa, Vicky Kharisma sah bercerai
Acha Septriasa sah bercerai dengan Vicky Kharisma pada 19 Mei 2025 melalui keputusan verstek Mahkamah Agama Jakarta Pusat. -Gambar fail
PELAKON terkenal Indonesia, Acha Septriasa, dilaporkan telah sah bercerai dengan suaminya, Vicky Kharisma, sejak 19 Mei 2025.

Ringkasan AI
  • Acha Septriasa sah bercerai dengan Vicky Kharisma pada 19 Mei 2025 melalui keputusan verstek Mahkamah Agama Jakarta Pusat.
  • Pasangan ini berkahwin pada 2016 dan mempunyai seorang anak perempuan, Bridgia Kalina Kharisma.
  • Acha kini aktif semula dalam dunia lakonan dan terlibat dalam produksi filem di Jakarta dan Sydney.

Perkara ini disahkan menerusi dokumen rasmi Mahkamah Agama Jakarta Pusat yang kini tular di media sosial dan laman direktori Mahkamah Agung Republik Indonesia, lapor media tempatan.
Berdasarkan rekod kes bernombor 1619/Pdt.G/2024/PA.JP, Acha atau nama penuhnya Jelita Septriasa binti IR Sagitta Ahimsha, telah memfailkan permohonan cerai pada 13 Disember 2024.
Mahkamah menjatuhkan keputusan secara verstek — iaitu tanpa kehadiran pihak suami — selepas Vicky tidak hadir meskipun telah dipanggil secara sah.
Mahkamah memutuskan talak satu ba’in shughra dan mengenakan kos perbicaraan sebanyak Rp2,358,000 kepada pihak Acha.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2016 dan menetap di Sydney, Australia sejak awal perkahwinan.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Bridgia Kalina Kharisma, yang lahir pada 21 September 2017.
Spekulasi mengenai status perkahwinan mereka mula timbul apabila Acha memuat naik hantaran di Instagram dengan tanda pagar #coparenting, merujuk kepada kaedah penjagaan anak secara bersama selepas perceraian.
Walaupun sebelum ini jarang dikaitkan dengan kontroversi, berita perceraian ini mengejutkan ramai peminat dan pemerhati industri hiburan Indonesia.
Kini, Acha kembali aktif dalam dunia lakonan, termasuk membintangi filem "Qodrat 2" dan terlibat dalam produksi bersama di antara Jakarta dan Sydney.
Topic Berkaitan
#Acha Septriasa
#Vicky Kharisma
#sah bercerai
#Mahkamah Agama Jakarta Pusat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan