awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Achmad Albar banyak beri inspirasi - Ramli Sarip

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2014
23:56 MYT
Achmad Albar banyak beri inspirasi - Ramli Sarip
Achmad Albar banyak beri inspirasi - Ramli Sarip - Astro Awani/Shahir Omar)
Sweet Charity bukan satu nama asing bagi peminat muzik rock tanahair dan apabila menyebut nama kumpulan asal Singapura ini, semua akan terbayang vokalisnya, Datuk Ramli Sarip.
Awal kemunculannya, Sweet Charity sering menyanyikan lagu dari kumpulan asal Indonesia, God Bless seperti Zakiah yang lebih condong ke irama 'dangdut'.
Malah Ramli menganggap Achmad Albar selaku vokalis God Bless banyak memberi inspirasi kepada beliau dan Sweet Charity.
Kerana itu, untuk konsert Hayat... 45 Tahun Seniman Ramli Sarip yang akan berlangsung pada Jumaat (17 Okt) hingga Ahad (19 Okt) ini di Istana Budaya, Achmad turut diundang sebagai tetamu.
"Saya mengundang Achmad (Albar) kerana banyak lagu ciptaannya yang kami rakam semula dan menjadi hit suatu ketika dahulu.
"Saya ingin dia turut berada atas pentas meraikan konsert ini bersama-sama dan mungkin juga kami rancang untuk menyanyi lagu Zakiah secara berduet," katanya ketika sidang media konsert berkenaan baru-baru ini.
Bagi Achmad pula jemputan dari Ramli untuk bersama di konsert itu merupakan satu penghargaan besar buat dirinya dan juga kumpulannya God Bless.
Katanya, lagu Zakiah yang dirakam semula oleh Ramli Dan Sweet Charity membuatkan nama God Bless meniti dibibir peminat-peminat muzik di negara ini.
"Kumpulan Sweet Charity membawa nama God Bless dikenali di Malaysia apabila merakam semula lagu berjudul Pelacur Tua dan Zakiah," katanya.
Achmad menjelaskan beliau terkejut bila diundang untuk membut persambahan bersama Ramli di Istana Budaya dan mengakui merasa bangga dapat bergabung pemuzik-pemuzik Malaysia.
Topic Berkaitan
#Achmad Albar
#Ramli Sarip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan