SEBELUM ini anda mungkin mengenalinya dengan lagu-lagu bernada rancak.

Hampir lima bulan juga tidak mendengar khabar penyanyi As'ad Motawh ini dan akhirnya dia muncul dengan single terbaharu berjudul Selamanya.

Agak berbeza dengan lagu-lagunya sebelum ini seperti Senyum, Percaya dan Warna kini As'ad hadir dengan genre balada pula.

Menurutnya, lagu itu ditulis semasa dia menerima banyak kecaman, patah hati dan tidak kuat menghadapi sesuatu situasi.

Dalam masa sama, dia juga berterima kasih kepada semua peminatnya kerana sentiasa menyokong kariernya sebagai anak seni.

"Terima kasih kepada semua peminat saya, saya sayang anda dengan sepenuh hati saya"

"Anda semua tidak pernah tinggalkan saya dan saya berasa sangat bersyukur," tulisnya di ruangan komen.

Peminat-peminatnya juga merasakan bahawa lagu ini merupakan satu kelainan yang dibawakan As'ad.

Berikut komen yang dilontarkan peminat.

Antara komen-komen yang diberikan oleh peminat dan juga pendengar

Sejak dimuat naik, video muzik Selamanya telah mendapat lebih 150,000 tontonan di laman YouTube.