awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adele tolak tawaran buat persembahan di Super Bowl

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/08/2016
08:13 MYT
Adele tolak tawaran buat persembahan di Super Bowl
Adele berpendapat persembahan di Super Bowl tidak mempertaruhkan muzik, sebaliknya hanya corak persembahan.
SELEPAS tersebarnya ura-ura tentang pembabitannya sebagai artis yang akan menghiburkan penonton dalam Super Bowl 2017, Adele tampil membuat kenyataan menolak tawaran itu.
Beberapa portal hiburan sebelum ini melaporkan pihak penganjur acara sukan terbesar di Amerika Syarikat itu berminat mendapatkan penyanyi yang sinonim dengan lagu Hello itu untuk membuat persembahan ketika waktu rehat separuh masa.
Dalam konsert yang berlangsung beberapa hari lepas, penghibur berusia 28 tahun itu memberitahu penonton, biarpun berbesar hati dengan tawaran itu, dia tidak berminat untuk mengadakan persembahan dalam Superbowl.
Adele ne fera pas la mi-temps du #SuperBowl. Elle a été contactée mais a décliné l'invitation #AdeleLive2016 pic.twitter.com/7c03cwMCSF
— Adele France (@AdeleSourceFR) August 14, 2016
Ini kerana acara itu bukan sebuah acara muzik, dan persembahan itu juga lebih fokus kepada aspek showmanship, menurut Adele dalam satu temuramah.
Dalam nada berseloroh, pemenang Anugerah Grammy itu juga memberitahu dia tidak berbakat dalam tarian dan persembahannya selama ini lebih memberi penekanan kepada persembahan vokal.
Sementara itu, penganjur Super Bowl, Liga Futbol Kebangsaan Amerika, atau NFL menafikan ada membuat sebarang tawaran kepada Adele.
Acara Superbowl merupakan acara sukan terbesar di Amerika Syarikat, dan persembahan sewaktu masa rehat, atau sering disebut sebagai half-time show, antara tarikan utama buat penonton.
Antara nama-nama besar yang pernah membuat persembahan itu adalah nama-nama besar seperti Beyonce, Madonna dan Rolling Stone.
Topic Berkaitan
#Adele
#Anugerah Grammy
#NFL
#Super Bowl 2017
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan