Muhammad Adib Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, telah dilantik secara formal sebagai CEO Tune Studios pada 7hb Oktober 2014. Beliau menggantikan Jeremy Little, yang telah meninggal dunia pada bulan April yang lepas.
Muhammad Adib sebelum ini telah memulakan syarikat rakaman beliau sendiri pada tahun 2010 iaitu Whats Up Entertainment, yang pernah menerbitkan album berbahasa Inggeris Siti Nurhaliza yang pertama iaitu ‘All Your Love’ pada September 2011. Syarikat beliau juga turut mengambil beberapa artis yang terkenal untuk berada di bawah naungan syarikat tersebut seperti Caprice, Ron E Jones dan banyak lagi.
Pihak Daily Seni berjaya menanyakan beberapa soalan kepada beliau tentang tanggungjawab beliau sebagai CEO Tune Studios yang baru.
Dari segi perubahan yang bakal dibawa, beliau berkata bahawa untuk masa sekarang beliau ingin meneruskan beberapa projek yang telah dirancang oleh Allahyarham Jeremy, seperti mencari bakat baru, membuka publishing house sendiri, membikin acara konsert muzik dan barangkali bakal mengeluarkan beberapa ideanya sendiri pada masa yang akan datang.
Berdasarkan pengamatan beliau terhadap industri muzik di Malaysia sendiri, beliau melihatnya dengan pandangan yang lebih luas, lebih secara menyeluruh dan melihat industri muzik di dalam kategori Nusantara – di mana Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei mempunyai potensi untuk berkembang sebagai satu industri yang benar-benar kukuh dimana wujudnya persamaan dari segi penggunaan bahasa sebagai medium penyampaian karya.
Selaku CEO kepada syarikat besar seperti Tune Studios, beliau dilihat sebagai seorang yang aktif dan tidak hanya ingin berada di ruang pengurusan, sebaliknya ingin juga menyumbang idea-idea beliau dari segi aspek kreativiti.
Beliau kelihatan begitu bersemangat untuk menjalankan peranan yang signifikan di dalam industri muzik, dan dengan pertolongan pihak-pihak yang terlibat, beliau bersyukur kerana dapat berada di dalam kumpulan yang positif dan bertenaga.
Apabila ditanyakan tentang tekanan yang dihadapi sebagai CEO pada usia yang muda, beliau dengan tenang memberikan jawapan bahawa usia bukanlah faktor yang menentukan kebolehan seseorang, sebaliknya determinasi dan semangat yang dilihatnya sebagai sesuatu yang benar-benar penting. Beliau berharap agar dapat terus menimba ilmu-ilmu yang ada, agar dapat berkembang dengan sihat dan melakukan sumbangan yang benar-benar signifikan kepada industri muzik di negara ini.
Daily Seni
Sat Nov 08 2014
Adib Khalid teruskan legasi Jeremy Little sebagai CEO Tune Studios
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Izara Aishah selamat lahirkan anak kedua
Pelakon jelita, Izara Aishah dan suami, Adib Khalid berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi perempuan kedua mereka.
Izara Aishah bakal timang cahaya mata April 2020
Tahniah buat Izara Aishah dan suaminya kerana bakal timang cahaya mata 2020.
Izara Aishah akui sudah bersedia timang cahaya mata, tapi ...
Pelakon Izara Aishah dan suami, Adib Khalid akui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata selepas berkahwin November tahun lalu.
Tak letak syarat, Adib Khalid faham kerjaya Izara Aishah
Suami kepada aktres Izara Aishah, Adib Khalid memahami kerjaya isterinya sebagai seorang pelakon dan tidak meletakkan sebarang syarat biarpun setelah mendirikan rumah tangga.
Izara Aishah anggun di majlis resepsi
Selepas diijabkabulkan pada 17 November lalu, pasangan Izara Aisah dan Adib Khalid diraikan dalam satu majlis resepsi semalam.
Bukan roti tisu, itu konsep 'future classic' - Rizalman sekolahkan netizen
Kata Rizalman, persalinan dengan tema future classic itu diilhamkan selepas berbulan mencari idea dari pelbagai sumber, dari seluruh dunia.
Netizen ucap tahniah kepada Izara Aishah, Adib Khalid sempena pernikahan
Pasangan terkenal ini mengikat tali pertunangan pada 17 Julai dan majlis pernikahan akan diadakan hari ini.
Izara Aishah cantik macam 'mannequin' di malam berinai
Umum mengetahui pelakon popular Izara Aishah dan pasangannya Adib Khalid bakal melangsungkan pernikahan mereka pada hari ini.
Dekati CEO Tune Studio - Adib Khalid
Daripada ayah, dia belajar tentang pengalaman mengurus cabaran hidup dan keteguhan disiplin.
Adib Khalid teruskan legasi Jeremy Little sebagai CEO Tune Studios
Muhammad Adib Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, telah dilantik secara formal sebagai CEO Tune Studios pada 7hb Oktober 2014.