awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adidas, Kanye West perluas usahasama rekaan pakaian, kasut

Agensi
Agensi
30/06/2016
06:30 MYT
Adidas, Kanye West perluas usahasama rekaan pakaian, kasut
Kreativiti Kanye West bakal ditumpahkan ke dalam idea penghasilan pakaian dan aksesori sukan Adidas. - Gambar fail
Adidas pada Rabu mengesahkan menjalin usahasama bisnes dengan penyanyi rap kontroversi, Kanye West, yang bakal mengumumkan koleksi baharu produk kasut dan aksesori.
Jenama sukan gergasi yang berpangkalan di Jerman itu berkata barangan yang dijual di bawah label 'adidas + KANYE WEST' merupakan lanjutan daripada jenama YEEZY yang sedia ada.
“Dengan 'adidas + KANYE WEST', kami meneroka kemungkinan baharu dengan membawakan dunia sukan kepada kreativiti Kanye.
“Inilah yang seringkali dibawakan oleh Adidas, iaitu bagi memastikan produk YEEZY mempunyai nilai pemberdayaan,” kata Ketua Pegawai Pengurusan Adidas, Eric Liedtke.
Hubungan yang diperluas itu termasuklah rangkaian butik jualan bagi produk terbaharu.
“Bersama Kanye West, pasukan Adidas yang berdedikasi akan menerajui pembangunan dan penciptaan semua produk YEEZY,” kata jenama sukan terbesar itu.
Adidas dan West sudah menjalin hubungan perniagaan sejak 2014, sejurus dia menamatkan kerjasama dengan Nike.
Penyanyi rap itu telah membawa pelbagai gaya ke dalam dunia fesyen, dan pada Februari lalu dia telah melancarkan album baharu dan koleksi fesyen terkininya dengan serentak di Madison Square Garden, New York.
“Usahasama ini menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai impian boleh mengimpikannya tanpa batasan,” ujar West dalam kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#adidas
#dunia sukan
#Kanye West
#rekaan fesyen
#usahasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan