"Kilauan Emas" kembali untuk musim ketiga dengan memperkenalkan Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar sebagai guru vokal.

Selain hadiah bernilai lebih RM100,000 menanti juara peserta bergigi palsu berpeluang menerima anugerah khas wang tunai RM10,000.

Pemilihan Adnan dan Siti Hajar dilihat bertepatan dengan pengalaman dan pencapaian dalam bidang mereka.

Musim terbaru turut memperkenalkan konsep pengasingan, ataupun kuarantin yang bakal diumumkan dengan lebih terperinci kelak.

Pertandingan nyanyian ini bakal memulakan jelajah ke enam buah negeri mengikut zon iaitu Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang mewakili zon utara.

Tiga yang lain ialah Johor (selatan), Pahang (timur) dan Selangor untuk zon tengah.

Selaku juri saringan ujibakat untuk dua musim lalu Siti Hajar mempunyai pesanan buat bakal peserta yang ingin mencuba nasib.

Hanya 400 peserta terawal dipilih bagi setiap sesi ujibakat yang bakal bermula 23 Februari di pusat beli belah 1Borneo, Kota Kinabalu.

10 pilihan lagu wajib telah disenaraikan untuk sesi ujibakat "Kilauan Emas 3".

Juara "Kilauan Emas 3" bakal membawa pulang wang tunai RM50,000.

Naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan memenangi wang tunai RM30,000 dan RM15,000.

Terbuka kepada warga Malaysia dan Singapura, "Kilauan Emas 3" bakal disiarkan di saluran Astro Prima dan tayangan serentak di saluran Astro Mustika HD bermula April.