Farez diumum peserta kedua tersingkir pada konsert #AF2014 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.
Farez, atau nama sebenarnya Muhd Fareezuan, tersingkir selepas mendapat undian terendah pada konsert minggu ketiga malam ini.
Pelajar berusia 21 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur ini menyampaikan lagu ‘Awan Nano’ nyanyian asal oleh Hafiz Suip.
Selain Farez, dua pelajar yang turut sama mendapat mata terendah ialah Zarif dan Nina.
Penyingkiran malam ini diumumkan hos #AF2014, Faizal Ismail dan Zizan Razak.
Tiga orang juri yang bertanggungjawab memberi komen kepada para pelajar di konsert kali ini ialah Dato Ramli MS dan Raja Azura, manakala Datuk Aznil hj Nawawi selaku juri jemputan.
Konsert ini dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada barisan juara Akademi Fantasia musim lepas seperti Zahid, Mawi, Faizul, Hazama dan juga Mila.
Dengan penyingkiran Farez, kini tinggal 10 pelajar yang akan meneruskan perjuangan menjadi juara #AF2014.
Mereka ialah Adel, Nina, Muna, Ziha, Nuha, Ewal, Firman, Aman, Azwan, dan Zarif.
Azyyati Ahmad
Sun Sep 21 2014
Farez diumum sebagai peserta kedua tersingkir pada konsert #AF2014.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
Aman & Nuha AF2014 Bercinta?
Agak lama tidak berita mengenai dua bekas pelajar Akademi Fantasia (AF2014) iaitu Aman dan Nuha.
Firman juara Akademi Fantasia 2014
Kemenangan Firman menepati ramalan ramai apabila berjaya memukau penonton dengan dua persembahannya di pentas akhir sekaligus dinobatkan juara.
Nuha, Aman, Ewal, Firman, Adel ke pentas akhir Akademi Fantasia 2014
Nuha, Aman, Ewal, Firman dan Adel diumumkan layak ke pentas akhir AF2014 yang akan diadakan minggu hadapan.
Impian Nina, Zarif ke final #AF2014 ranap
Impian dua pelajar #AF2014 Nina dan Zarif musnah apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta tersingkir di konsert suku akhir.
Hattan percaya kritikan juri mampu bantu pelajar #AF2014
Komen yang diberikan secara menyeluruh berserta tip-tip yang sesuai mampu membantu para pelajar meningkatkan lagi mutu persembahan mereka.
AF2014 Minggu ke-3: Farez tersingkir, Zarif dan Nina mata terendah
Farez, atau nama sebenarnya Muhd Fareezuan, tersingkir selepas mendapat undian terendah pada konsert minggu ketiga sebentar tadi.
AF2014: Wawa pelajar pertama tersingkir
Wawa, atau nama sebenarnya Walfadhilah Suhaizat, menjadi pelajar pertama yang tersingkir dalam program realiti Akademi Fantasia musim ini.
Tiada penyingkiran di konsert pertama, Hattan pengetua #AF2014
Konsert pertama #AF2014 telah pun membuka tirainya secara rasmi malam Ahad dengan menyaksikan persembahan hebat 12 pelajar #AF2014.