awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aman & Nuha AF2014 Bercinta?

Gempak
Gempak
17/07/2015
03:10 MYT
Aman & Nuha AF2014 Bercinta?
Namun jangan salah sangka, mereka hanya bercinta menerusi telefilem istimewa berjudul Ketupat Jantung Hati yang bakal disiarkan menjelang Aidilfitri ini.
Agak lama tidak berita mengenai dua bekas pelajar Akademi Fantasia (AF2014) iaitu Aman dan Nuha. Bagaimanapun baru-baru ini Astro Gempak mendapat berita bahawa mereka berdua ini sedang hangat dilamun cinta. Namun jangan salah sangka, mereka hanya bercinta menerusi telefilem istimewa berjudul ‘Ketupat Jantung Hati’ yang bakal disiarkan menjelang Aidilfitri ini. Menurut Aman, lakonannya kali ini agak mencabar kerana dia membawakan watak sebagai seorang lelaki yang gagap. “Sejujurnya memang sukar untuk menjadi seorang yang gagap dan saya juga ada buat rujukan untuk lebih menjiwai watak saya. “Bila dah terbiasa dengan watak itu, sampai masa bila waktu habis ‘shooting’ pun kadang-kadang saya masih gagap.” katanya ketika ditemui Astro Gempak. Tambah Aman lagi dia tidak kisah membawa karakter sebagai orang yang gagap kerana ingin mencuba sesuatu yang baru. “Saya lebih suka jika ditawarkan untuk berlakon dengan pelbagai karakter kerana saya ingin mencuba sesuatu yang baru. “Selain itu saya juga boleh lihat dan cabar sejauh mana keyakinan serta kebolehan saya untuk membawakan watak lain. “Saya tidak mahu hanya membawakan karakter yang sama kerana bagi saya untuk menjadi pelakon yang baik kita perlu belajar untuk membawakan pelbagai jenis watak,” jelasnya. Selain Aman, Nuha, Ewal, Ziha, Firman dan bekas pelajar AF2014 yang lain juga turut membintangi telefilem tersebut. Saksikan Ketupat Jantung Hati pada 1 Syawal, 17 Julai 2015, jam 10.00 pagi. Sinopsis: Ketupat Jantung Hati tentang misi Tok Atan untuk mencari suami ideal kepada enam orang anak perempuannya. Kriteria utama adalah keupayaan mereka untuk mengayam ketupat supaya legasi ketupatnya dapat diteruskan.
Topic Berkaitan
#AF2014
#Akademi Fantasia
#aman
#Nuha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan