Sebagai pengetua #AF2014, Datuk Hattan akui kritikan yang diberi oleh juri pada setiap minggu melalui konsert sangat membantu pelajar-pelajar #AF2014.
Menurut Hattan, komen yang diberikan secara menyeluruh berserta tip-tip yang sesuai mampu membantu para pelajar meningkatkan lagi mutu persembahan mereka.
“Bagi saya komen yang diberikan oleh juri sangat ini kerana ia dapat membantu setiap pelajar mengetahui di mana letaknya kelemahan mereka semasa beraksi di pentas.
“Lebih baik lagi sekiranya juri-juri dapat memberikan komen secara terus tanpa berkias kerana dikhuatiri ada pelajar yang tidak dapat memahami dan bingung mencari silap mereka.
“Komen-komen juri juga amat penting bagi tenaga pengajar supaya kami boleh memperbaik dan mengajar kembali pelajar-pelajar tersebut (berdasarkan) kelemahan mereka,” katanya ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap persembahan para pelajar #AF2014 di minggu ketiga, Hattan menjelaskan secara keseluruhannya dia amat berpuas hati.
“Saya segaja tidak memberikan lagu-lagu kegemaran mereka kerana ingin melihat kemampuan mereka untuk membawakan lagu-lagu yang diberikan.
“Saya tidak mahu mereka terlalu berpuas hati dengan zon mereka maksudnya lagu-lagu yang telah biasa mereka nyanyikan… Apa yang saya mahu ialah supaya mereka bangun dan keluar dari zon selesa tersebut.
“Tidak dinafikan memang ada pelajar yang merungut dan kelihatan tidak berpuas hati dengan lagu yang mereka dapat, namun sebaik sahaja tiba waktu persembahan, ternyata mereka mampu lakukannya dengan baik,” jelasnya.
Tambah pengetua #AF2014 itu lagi, antara pelajar yang mempunyai peningkatan dari segi personaliti ialah Aman yang kini tidak lagi terlalu pemalu seperti mana konsert pertamanya dahulu.
Konsert ketiga #AF2014 telah menyaksikan Farez sebagai pelajar kedua tersingkir dengan peratusan undian terendah iaitu 2.8%. - Astro Gempak
Gempak
Sun Sep 28 2014
Komen yang diberikan secara menyeluruh berserta tip-tip yang sesuai mampu membantu para pelajar meningkatkan lagi mutu persembahan mereka.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Aman & Nuha AF2014 Bercinta?
Agak lama tidak berita mengenai dua bekas pelajar Akademi Fantasia (AF2014) iaitu Aman dan Nuha.
Firman juara Akademi Fantasia 2014
Kemenangan Firman menepati ramalan ramai apabila berjaya memukau penonton dengan dua persembahannya di pentas akhir sekaligus dinobatkan juara.
Nuha, Aman, Ewal, Firman, Adel ke pentas akhir Akademi Fantasia 2014
Nuha, Aman, Ewal, Firman dan Adel diumumkan layak ke pentas akhir AF2014 yang akan diadakan minggu hadapan.
Impian Nina, Zarif ke final #AF2014 ranap
Impian dua pelajar #AF2014 Nina dan Zarif musnah apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta tersingkir di konsert suku akhir.
Hattan percaya kritikan juri mampu bantu pelajar #AF2014
Komen yang diberikan secara menyeluruh berserta tip-tip yang sesuai mampu membantu para pelajar meningkatkan lagi mutu persembahan mereka.
AF2014 Minggu ke-3: Farez tersingkir, Zarif dan Nina mata terendah
Farez, atau nama sebenarnya Muhd Fareezuan, tersingkir selepas mendapat undian terendah pada konsert minggu ketiga sebentar tadi.
AF2014: Wawa pelajar pertama tersingkir
Wawa, atau nama sebenarnya Walfadhilah Suhaizat, menjadi pelajar pertama yang tersingkir dalam program realiti Akademi Fantasia musim ini.
Tiada penyingkiran di konsert pertama, Hattan pengetua #AF2014
Konsert pertama #AF2014 telah pun membuka tirainya secara rasmi malam Ahad dengan menyaksikan persembahan hebat 12 pelajar #AF2014.