HIBURAN
Ahli kumpulan 'As One' Lee Min meninggal dunia

Lee Min (foto) ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seoul pada 5 Ogos. -Gambar fail/FB Malone Chronicles
INDUSTRI muzik Korea Selatan dikejutkan dengan berita pemergian Lee Min, penyanyi dan anggota duo R&B terkenal As One, yang ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seoul pada malam 5 Ogos.
Ringkasan AI
- Lee Min, anggota duo R&B As One, ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seoul pada 5 Ogos.
- Polis masih menyiasat punca kematian, sementara rakan duetnya Crystal dalam perjalanan ke Korea Selatan untuk memberi penghormatan.
- BrandNew Music merayu agar orang ramai tidak membuat spekulasi dan menunggu hasil siasatan rasmi.
Lee Min, yang dilahirkan pada tahun 1978, memulakan kerjaya muzik pada 1999 bersama rakan duetnya, Crystal, menerusi album sulung "Day By Day".
Duo As One dikenali dengan lagu-lagu popular seperti “Desire and Hope,” “Day By Day,” dan “Something Like a Miracle.”
Mereka baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul “Happy Birthday To You” pada Jun lalu dan tampil dalam rancangan muzik "The Seasons: Cantabile of Park Bo Gum".
Crystal, yang kini menetap di Amerika Syarikat, dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Korea Selatan untuk memberi penghormatan terakhir kepada rakan duetnya itu.
BrandNew Music, dalam pada itu, merayu agar orang ramai tidak membuat spekulasi berlebihan dan menunggu hasil siasatan rasmi diumumkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami