awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli kumpulan TWICE Tzuyu dikuarantin dua minggu selepas ziarah ibu bapa

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
11/03/2020
21:05 MYT
Ahli kumpulan TWICE Tzuyu dikuarantin dua minggu selepas ziarah ibu bapa
Tzuyu diarah kuarantin di kediamannya selepas pulang dari rumah ibu bapanya di Taiwan. -Instagram @queentzuyu
SALAH seorang anggota kumpulan TWICE, Tzuyu diarah kuarantin selepas pulang dari rumah ibu bapanya di Taiwan.
Memetik laporan Allkpop, Tzuyu diarahkan pihak berkuasa Taiwan supaya melalui proses kuarantin selama 14 hari di kediamannya.
Tzuyu yang merupakan salah seorang daripada sembilan anggota kumpulan TWICE dilaporkan tiba di Taiwan pada 3 Mac.
Sementara itu, ibunya Huang Yen Ling pada masa sama memberitahu bahawa Tzuyu kecewa kerana tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah selama dua minggu.
“Tetapi kita perlu bekerjasama dengan dasar kuarantin kerajaan,” kata ibunya lagi.
Huang juga menyatakan bahawa anaknya menjadikan tempoh kuarantin itu umpama percutian yang diluang dengan aktiviti menonton filem serta bersenam di rumah.
Sebelum ini, Tzuyu menerima kritikan daripada rakyat China selepas dia mendermakan sebanyak AS$42,000 (kira-kira RM180,000) bagi mengekang penularan COVID-19 di Korea Selatan.
Namun, buah mulut yang memberi kritikan itu terhenti sebaik Tzuyu turut bertindak untuk menderma sebanyak AS$43,000 (RM180,000) kepada misi sukarelawan di China.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#dasar kuarantin kerajaan
#Huang Yen Ling
#K-pop
#Korea Selatan
#misi sukarelawan
#Taiwan
#TWICE
#Tzuyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan