awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Dhani kongsi foto majlis bersiram anak sulung, kehadiran bekas isteri jadi perhatian

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2025
08:31 MYT
Ahmad Dhani kongsi foto majlis bersiram anak sulung, kehadiran bekas isteri jadi perhatian
Ahmad Dhani berkongsi momen istimewa bersama keluarganya sempena majlis bersiram anak sulungnya, Al Ghazali pada Ahad. -Foto IG @ahmaddhaniofficial
PEMUZIK terkenal Indonesia, Ahmad Dhani berkongsi detik istimewa bersama keluarganya sempena majlis bersiram anak sulungnya, Al Ghazali, pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Ahmad Dhani berkongsi momen istimewa majlis siraman anak sulungnya, Al Ghazali, yang dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga termasuk bekas isteri Maia Estianty dan isteri kini, Mulan Jameela.
  • Majlis berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh emosi, dengan Ahmad Dhani mengakui tidak dapat menahan air mata serta menitipkan nasihat kepada pasangan muda itu.
  • Al Ghazali dan Alyssa Daguise akan bernikah pada 16 Jun 2025, dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dijemput sebagai saksi, dan majlis berlangsung selama tiga hari bermula 14 Jun.

Menerusi satu hantaran di Instagram, kelihatan kedua-dua belah keluarga duduk dalam suasana harmoni.
Turut berada di majlis tersebut, bekas isteri Ahmad Dhani, penyanyi Maia Estianty yang hadir bersama suaminya Irwan Mussry serta dua anak mereka, El Rumi dan Dul Jaelani.
View this post on Instagram
A post shared by Ahmad Dhani Prasetyo (@ahmaddhaniofficial)
Manakala di sebelah kanan, Ahmad Dhani duduk bersama isteri, Mulan Jameela dan anak-anak mereka.
Semua ahli keluarga kelihatan bahagia yang mencerminkan suasana kekeluargaan yang damai dan menyentuh hati.
“Alhamdulillah lancar,” tulis Ahmad Dhani dalam kapsyen hantaran tersebut.
Ahmad Dhani mengakui tidak dapat menahan air mata ketika menyaksikan anaknya menjalani adat tersebut, dan menitipkan pesanan agar pasangan muda itu saling memahami dalam menempuh alam rumah tangga.
Unggahan itu turut menarik perhatian apabila Al Ghazali menulis komen ringkas tetapi bermakna: “The best moment so far,” menyatakan kegembiraannya dengan detik bersejarah itu.
Sementara itu, kalangan netizen teruja melihat momen manis menerusi foto-foto yang dikongsi manakala ruang komen dibanjiri dengan reaksi positif.
Al Ghazali dan Alyssa Daguise bertunang di Lake Como, Itali pada 21 September 2024 selepas beberapa tahun menjalin hubungan.
Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada 16 Jun 2025.
Majlis akad nikah yang pada asalnya dijadualkan pada 17 Jun telah diawalkan sehari bagi menyesuaikan jadual Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, yang dijemput sebagai saksi pernikahan.
Ahmad Dhani turut memaklumkan bahawa majlis akan berlangsung selama tiga hari bermula 14 Jun, dimulakan dengan acara siraman tradisional, manakala acara undur menantu dijadualkan pada 19 Jun.
Kesemua majlis yang masih dirahsiakan lokasi akan berlangsung di kawasan Jakarta Pusat.
Topic Berkaitan
#Ahmad Dhani
#Al-Ghazali
#Maia Estianty
#majlis bersiram
#Prabowo Subianto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan