awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aiman Tino akhiri zaman bujang esok

Gempak
Gempak
26/04/2023
04:59 MYT
Aiman Tino akhiri zaman bujang esok
Penyanyi terkenal, Aiman Tino akan disatukan dengan rakan kongsi perniagaannya, Syarah Haifa di sebuah dewan acara di Segambut pada Khamis. - Gambar GEMPAK
BAPA kepada penyanyi Aiman Tino, Yusri Ishak mengesahkan anak terunanya bakal menamatkan zaman bujang pada Khamis.
Bercakap kepada Kosmo!, Yusri memberitahu, anaknya itu sedang menghitung hari untuk bergelar suami biarpun diulit rasa debar.
"Biasalah, setiap bakal pengantin terutama lelaki akan berdepan pelbagai perasaan menjelang hari akad nikah. Jadi itu perkara biasa yang saya katakan pada Aiman.
"Saya yakin dia sudah bersedia menggalas amanah sebagai suami, selain pada masa sama rancak mengatur persediaan untuk majlis pernikahan dan resepsi mereka," katanya.
Majlis akad nikah penyanyi Ku Rela Dibenci dengan rakan kongsi perniagaannya itu bakal berlangsung di sebuah dewan acara di Segambut pada Khamis ini, sekitar pukul 5 petang.
Kata Yusof, majlis resepsi pula bakal diadakan di Shah Alam, Selangor dengan menjemput 750 tetamu membabitkan kedua-dua belah keluarga pada 6 Mei ini.
Pada awal Februari lalu penyanyi berusia 25 tahun itu mendedahkan mahu mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Syarah Haifa pada pertengahan tahun ini.
Menyingkap bibit pertemuan Aiman dan Syarah, mereka diperkenalkan kawan pada 2019 sebelum sepakat menjadi rakan bisnes perniagaan penyanyi itu sebelum melangkah ke fasa bercinta. - Gempak
Topic Berkaitan
#Aiman Tino kahwin
#Aiman Tino kahwin rakan kongsi
#penyanyi Ku Rela Dibenci
#Aiman Tino akhiri zaman bujang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan