'Demam Kabali' kini terasa di Malaysia.
Namun, 'wabak' yang mula menular sejak tiga bulan lalu hampir reda dengan tayangan perdana di ibu negara pada malam Khamis.
Tayangan perdana yang ditunggu-tunggu filem Tamil yang bernilai jutaan dolar itu dibawa khas oleh syarikat penerbangan rasmi, AirAsia Bhd (AirAsia).
Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee, berkata pihaknya sangat berbangga malah teruja apabila syarikat tersebut berpeluang bekerjasama dengan filem Kabali.
"Kami berharap kerjasama ini akan memberi peluang untuk membuka laluan dari India ke Malaysia akan meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi lagi, dan kita dapat mengembangkan lagi industri pelancongan.
"Melalui filem Kabali ini, kami dapat menjual Malaysia kepada semua orang di India dan juga dapat mengeratkan lagi hubungan India dan Malaysia," katanya.
Tambahnya, di masa hadapan, pihaknya bercadang untuk membuat kolaborasi dengan filem lain kerana ia sentiasa mencari kandungan yang baru yang dipercayai antara cara terbaik untuk mempromosikan jenama syarikat itu.
Diarahkan Pa Ranjith, Kabali mempertaruhkan Rajnikanth dalam watak utama dan turut membariskan pelakon terkenal Radhika Apte, Kishore, Kalaiyarasan, Dhansika serta Dinesh Ravi.
Filem gangsterisme ini turut dibintangi pelakon tempatan Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim dan Zack Taipan.
Teaser Kabali iklan pra-tonton filem itu di portal YouTube dan laman sesawang sudah ditonton lebih 25 juta kali di seluruh dunia setakat ini serta diumumkan sebagai teaser Tamil paling digemari tahun ini.
Kabali ialah filem ke-159 lakonan Rajnikanth dan menyaksikan beliau membawa watak samseng bernama Kabalishwaran.
Ia ditayangkan secara serentak di 400 pawagam di India mulai semalam.
Menariknya, 'demam Kabali' di India seolah-olah tiada penghujung.
Beberapa portal berita negara berkenaan melaporkan gara-gara 'demam Kabali' beberapa syarikat di Chennai mengisytiharkan cuti di negara itu pada 22 Julai lalu sempena tayangan filem tersebut.
Ia ditayangkan secara serentak di 400 pawagam di India.
T K Letchumy Tamboo
Fri Jul 22 2016
Kabali ialah filem ke-159 lakonan Rajnikanth. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
AirAsia henti penerbangan dari Singapura ke Miri & Sibu
AirAsia akan menghentikan laluan Singapura-Miri dan Singapura-Sibu pada Februari 2024.
AirAsia kini dikategorikan sebagai syarikat Nota Amalan 17
Kebiasaannya, kategori PN17 sering diberikan kepada syarikat disenarai di Bursa Malaysia yang mengalami tekanan kewangan.
AirAsia setuju tingkat kekerapan penerbangan Kuching-Sibu mulai 1 Ogos - Lee Kim Shin
Peningkatan kekerapan penerbangan bukan sahaja bagi memenuhi permintaan orang ramai, tetapi lebih penting lagi untuk membantu meningkatkan pemulihan ekonomi negeri.
AirAsia bakal buang pekerja, laksana pengecilan operasi?
Tenaga kerja yang terlibat dalam pembuangan akan diberitahu secara peribadi oleh pengurus masing-masing pada petang Khamis.
Aireen Omar dilantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia
Aireen Omar hari ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, manakala Riad Asmat dilantik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad yang baharu.
AirAsia siar tayangan perdana filem 'Kabali'
AirAsia Bhd (AirAsia), syarikat penerbangan rasmi bagi filem 'Kabali' yang dibintangi pelakon lagenda, Rajinikanth, menyiarkan tayangan perdana filem itu di negara ini.
AirAsia jadi syarikat penerbangan pertama perkenalkan sistem Interpol, I-Checkit
AirAsia Berhad dan polis antarabangsa Interpol telah memeteraikan perjanjian kerjasama dalam melaksanakan sistem pemeriksaan polis antarabangsa, 'I-Checkit' untuk banteras penggunaan pasport palsu.