Akademi Fantasia ke10 berubah wajah menerusi logo dan susunan baru lagu tema serta kelainan menerusi penukaran format dengan membenarkan penyertaan secara duo.

Masih terikat dengan kontrak idea asal oleh La Academia, kali ini Astro diberi kelonggaran untuk merubah struktur program agar terus relevan.

Selain penyertaan secara solo dan duo, peserta kali ini juga dibenarkan untuk berinteraksi secara terus dengan peminat.

Walaupun dikuarantinkan untuk pengajian, mereka akan diberikan kebebasan untuk menggunakan laman sosial media seperti Instagram dan Twitter.

Pada sidang media AF10 yang pertama bintang-bintang AF seperti Adira, Hafiz, Stacy dan Hazama hadir memberikan sokongan.

Produksi memperkenalkan logo baru disamping memperdengarkan susunan semula lagu Menuju Puncak ilham Aubrey Suwito.

Uji bakat bakal bermula di Johor Bahru pada 1 Jun ini sebelum ke Pulau Pinang, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Untuk info lanjut anda boleh melayari laman rasmi mereka di www.facebook.com/akademifantasia2013.