awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akshay Kumar dijangkiti COVID-19

Agensi
Agensi
05/04/2021
03:47 MYT
Akshay Kumar dijangkiti COVID-19
Akshay memuat naik kemas kini di Twitter memaklumkan dia kini menjalani kuarantin di rumah. - Foto REUTERS
BINTANG Bollywood, Akshay Kumar menjadi selebriti India terbaharu yang dijangkiti COVID-19 ketika negara itu sedang menghadapi peningkatan kes.
India melaporkan 93,249 jangkitan baharu pada Ahad, menurut data kementerian kesihatan, peningkatan tertinggi sejak September, menjadikan jumlah kes setakat ini 12.5 juta.
"Saya ingin memberitahu semua, pada awal pagi ini, saya telah diuji positif COVID-19," tweet pelakon berusia 53 tahun itu.
Kumar tahun lalu memaklumkan dia minum air kencing lembu setiap hari untuk kekal sihat.
Ia merupakan satu amalan yang diyakini oleh sesetengah penganut agama Hindu mempunyai manfaat perubatan, termasuk melawan virus COVID-19.
pic.twitter.com/w9Q7m54BUN
— Akshay Kumar (@akshaykumar) April 4, 2021
Dia memuat naik kemas kini di Twitter memaklumkan dia kini menjalani kuarantin di rumah dan telah mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan.
Pakar telah memberi amaran bahawa jangkitan meningkat dengan lebih cepat di India tahun ini berbanding tahun lalu, yang kini merupakan negara dengan jumlah kes ketiga tertinggi di dunia setelah Amerika Syarikat dan Brazil.
Topic Berkaitan
#Akshay Kumar
#Bollywood
#India
#koronavirus
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan